Siakap sambal belimbing buluh.

Tetiba pulak cikla rasa macam nak share resepi. Ini menu lunch cikla hari ni. Saja je. Sekurang-kurangnya ter'update' gak belog cikla yang suam-suam kuku ni. Oklah, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Siakap sambal belimbing buluh.
Siakap sambal belimbing buluh.

Bahan-bahan;

1 ekor ikan siakap (dibersihkan kemudian diperap dengan garam dan kunyit).
1 mangkuk belimbing buluh (dibersihkan dan dipotong dua).
1 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
Sedikit halia (dihiris).
Sebiji bawang besar (potong bulat).
Cili giling (tahap kepedasan ikut suka).
1 sudu besar sos tomato.
1 sudu besar sos tiram. 
Minyak, gula, garam, dan perasa.

Simple je kan bahan-bahannya. Jom kita tengok cara nak buat pulak.

Memula goreng ikan sehingga kekuningan. Kemudian, angkat ikan toskan ikan dan ketepikan. Luakkan sedikit minyak goreng ikan tadi. Tumis bahan yang dihiris sampai naik bau dan masukkan cili giling. Kacau dan biarkan cili masak dan selepas itu masukkan sos tomato, sos tiram, gula, garam dan perasa. Kacau rata, dan masukkan sedikit air (biar berkuah sikit). 

Bila dah menggelegak, masukkan bawang bulat dan belimbing dan biarkan sekejap. Setelah bawang dan belimbing empuk, kacau sekejap kemudian tutup api dan siram sos atas ikan yang siap digoreng tadi. Dah siap.

Mudah kan? Nak tau sedap ke tak, cuba try test. Korang pasti menjilat jari. Hehehe. Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews