Macam mana nak elak digigit baby?

Aiseh, sesiapa yang ada baby yang dah ada gigi mesti pernah kena gigit kan. Nak-nak pulak kalau baby kita baru nak tumbuh gigi dan masih menyusu badan. Memang menjeritlah ibunya menahan kesakitan. Hehe. 

My Ammar pulak, walaupun belum tumbuh gigi, kadang-kadang dia menggigit gak. Mmang sakit jugak plah. Walaupun hanya gusi. Esok-esok kalau dah bergigi, tak tau lah. Tapi kakak-kakaknya sebelum ni memang kuat menggigit. Nasiblah kan *dalam nada berserah.

Biasanya, kalau baby yang nak tumbuh gigi memang gatal aje gusinya. Sebab tu banyak asyik nak gigit apa-apa saja benda yang dipegangnya. Itu sebab kalau masa menyusu pun, ada baby yang menggigit puting nenen ibunya pulak. Adoi, memang sakit menjerit dibuatnya. 

Tapi, ada sesetengah ibu yang tak tahan kena gigit ambil keputusan untuk berhenti menyusukan baby. Wah, memang rugi sesangat tau ibu-ibu sekalian. Nasihat cikla, seboleh-bolehnya susuilah anak kita sehingga umurnya mencapai 2 tahun. Banyak manfaatnya tau. 

So, inilah yang cikla nak kongsikan. Macam mana nak elak daripada menjadi "mangsa" gigitan baby kita.

Bila baby menggigit, terus tunjuk reaksi kita dengan mengaduh sambil memegang dagu baby supaya baby lepaskan gigitannya. Bila baby dah lepaskan, tengok mata baby dan cakap dengan lembut tapi tegas, "tidak!" atau "jangan!" Tapi kalau baby kita menangis, pujuk baby supaya berhenti menangis atau susukan baby semula. 

Kalau baby masih menggigit, tunjukkan reaksi yang awal sebab ia dapat membiasakan baby supaya baby tau kalau dia menggigit lagi si ibu akan bagi reaksi yang tak menyenangkan sampai baby berhenti menggigit.

Berhenti sekejap dari penyusuan supaya baby akan belajar kalau dia menggigit lagi dia tak akan dapat susu yang dinginkannya. Kiranya macam "mengugut" la. Hehehe.

Macam mana nak elak digigit baby.
Macam mana nak elak digigit baby. Contoh teether. Sumber Google.

Kalau ibu rasa baby macam menggigit, peluk baby kuat-kuat ke arah payudara ibu. Baby biasanya akan melepaskan gigitannya dan bukak mulut besar-besar sebab nak tarik nafas. 

Tapi hati-hati, jangan sampai baby kita ketakutan pulak. Sisipkan jari kelengkeng kita di hujung mulut baby sebagai cara baby bukak mulutnya dan lepaskan gigitan. Cari pengganti atau benda supaya baby boleh menggigit. Paling tidak baby tak gigit puting payudara ibu kan? 

Tapi yang paling penting bendanya biarlah lembut dan bersih untuk mengelakkan baby dijangkiti kuman pulak. Nanti lain pulak penyakit yang datang.

Tapi kan cikla rasa di pasaran sekarang ni ada dijual alat bernama "teehter" iaitu alat yang digunakan untuk rangsang pertumbuhan gigi baby (biasa baby umur 5-6 bulan ke atas). Teether berbentuk padat digenggam dan dipicit dapat membantu melatih keterampilan motor halus baby

Selain itu, pastikan teether sentiasa dalam keadaan bersih. Contoh teether macam kat bawah ni.

Rasanya ada macam-macam jenis teether kat pasaran. Sebaiknya pilih teether yang diperbuat dari lateks dan berisi gel sebab ia lebih sejuk dari teether yang berisi air. Lepas guna, cuci teether dengan air panas/pencuci khas dan simpan dalam bekas yang bersih. 

Semoga info ini memberi manfaat dan pengetahuan khususnya untuk ibu-ibu termasuk diri cikla jugak.

Sumber dari ruangan "Untukmu mama", majalah wanita edisi April 2015.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews