Tegur-menegur tak salah.

By Cikla Shahril - December 19, 2013

TEGUR-MENEGUR TAK SALAH. Petang-petang macam ni, masa untuk rehat sekejap. Layan anak-anak tengok tv. Yang ibunya layan blog jap. Sejak akhir-akhir ni cikla macam agak busy skit. Nak update blog pun macam tak sempat. Hehe. Kali ni cikla rasa macam nak sembang pasal tegur. Menegur dan ditegur, lain situasinya. Menegur atau dengan erti kata lain mengingatkan... ditegur pula sama ertinya dengan diingatkan.

Pada pendapat cikla, tak salah kalau kita nak tegur orang jika orang tu buat salah. Tapi semuanya mestilah dengan berhikmah dan jangan membabi buta. Sebab apa cikla cakap camtu, sebab ini memang penting. Nak tegur orang boleh tapi dalam masa yang sama kena jaga juga hati orang yang kita tegur. 

Tegur-menegur tak salah.
Tegur-menegur tak salah. Gambar hiasan.

Tegur-menegur tak salah.

Ada sesetengah orang, nah main hentam kromo nak menegur. Lagi-lagi kalau depan orang lain. Dah la tegur macam tu punya gaya, siap perli lagi. Kalau orang buat kat kita macam tu pun, confirm kita pun terasa dan kecik hati gak kan....

Walaupun kita ni lebih 'berilmu' dan pandai dari orang lain, tapi itu bukan tiket untuk kita nak buat apa yang kita suka pada orang lain. Mungkin apa kita, 'alah aku nak tegur je, bukannya apa pun'... tapi bagaimana pula dengan penerimaan orang yang ditegur. Mungkin ada yang boleh terima tapi mungkin ada yang tak...

Jadi, cikla rasa semuanya perlulah berpada-pada dan yang paling penting sederhana. Saling menegur itu baik tapi perlulah kena pada tempatnya.....

  • Share:

You Might Also Like

0 Orang yang komen.