'Santai Tapi Sampai'

28 December 2013

Jika Tiada Rezeki...

Jika Tiada Rezeki...

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka, kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka, kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka, kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.  Maka, kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.  Maka, kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka, kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka, kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

2 comments:

  1. Betul. Tiap yg berlaku ada hikmah. Setiasa bersangka baik dan jgn mudah menyalahkan takdir.

    ReplyDelete
  2. Ada sesetengah org mudah menyalahkan takdir. Menyerah kalah dan mudah putus asa. Apa yg penting jgn lemah dan terus berdoa agar Allah memudahkan segalanya. Amin...

    ReplyDelete