Semua umat islam diwajibkan menunaikan solat kerana ia merupakan tiang agama. Jika kita meninggalkan solat, maka runtuhlah agama. Begitu besarnya kedudukan solat itu dalam islam.
Sebenarnya, setiap perbuatan dalam solat tu ada hikmahnya. Bermula dari niat sehinggalah salam. Semuanya ada kelebihan. Jom kita baca apakah kelebihan-kelebihannya.
- Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
- Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
- Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
- Ruqu’: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
- I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.
- Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
- Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
- Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
- Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nakir di dalam kubur.
- Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
- Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
- Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.
Kesimpulannya dirikanlah solat kerana ia adalah salah satu rukun islam yang wajib kita lakukan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan selalu berada di bawah lindungan hidayahNya.
Aamiin. Waallahualam.
Solat itu tiang agama. Meninggalkan solat bererti kita meruntuhkan agama.
ReplyDeleteSolat boleh menjadi benteng kita dr melakukan perkara yg mungkar.
ReplyDeleteJangan tinggal solat, nanti balasannya neraka. Nauzubillah...
ReplyDeleteSepohon kayu daunnya rimbu. Lebat bunganya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....
ReplyDelete*rimbun
DeleteSolatlah.... sujudlah... mintalah.... hanya pada Allah SWT.
ReplyDeleteYe betul tu
DeleteJgn sombong sebab tak mahu sujud pada Allah. Iblis laknattlullah pun sujud pada Allah. Kalo kita solat, kita lbh hina dri iblis sbb xmahu sujud pada Allah.
ReplyDeleteSetuju....
Delete