Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat!

By Cikla Shahril - October 21, 2018

Hujung minggu selalunya masa nak update blog macam takde je tapi kita cuba juga cari masa sikit nak update kan. Cikla gigih juga nak pastikan blog sentiasa fresh dengan info dan cerita baru walaupun cikla sendiri kadang-kadang agak busy dengan aktiviti rutin di rumah. Haha.

Entri paling senang dan cepat adalah entri resepi kan. Betul tak? Kita masak, snap beberapa gambar then share dekat blog dengan resepi sekali. Dah, settle satu entri. Hehe. Kali ni cikla nak share resepi ringkas dan sedap semestinya. Rasanya sebelum ni cikla ada share resepi yang seakan sama, tapi resepi ni lagi senang dari yang sebelum ni, dan lagi sedap. Resepi ikan bilis petai cili padi. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu ye. 

Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat!
Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat! 

Bahan-bahannya :

1 mangkuk ikan bilis.
I biji bawang merah (hiris). 
2 ulas bawang putih (hiris). 
6 papan petai. 
Minyak, garam dan perasa jika perlu. 

Bahan kisar atau ditumbuk :

2 biji cili merah. 
8 biji cili padi. 
Sedikit air. 

Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat!
Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat! 

Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat!
Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat! 

Cara-cara nak masak :

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali yang sesuai, kemudian goreng ikan bilis yang telah di uci dan digaul dengan sedikit garam sehingga garing. Bila dah garing, angkat ikan bilis dan toskan. Luakkan sedikit minyak gorengan ikan bilis tadi dan tumis bahan dihiris sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan bahan kisar dan  tumis sehingga naik bau dan garing. 

Bila dah garing, masukkan petai dan sedikit garam jika perlu dan biar sekejap. Last, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat!
Ikan bilis petai cili padi, pedas terangkat! 

Sejujurnya, sejak dulu lagi inilah lauk kegemaran cikla. Kalau mak cikla masak lauk ni memang rak payahlah lauk lain. Ini pun dah cukup buat cikla tambah berpinggan-pinggan. Alamatnya, memang habis punah ranahlah diet teman. Haha. Bekas minyak pada kuali tu gaul dengan nasi. Perghhh. Sampai berebut-rebut tau! Haha! 

Lagipun, petai sememangnya digemari oleh kebanyakan orang dan bagi cikla petai adalah salah satu makanan pembuka selera. Serius. Tak tipu! So, kepada yang belum pernah try masak sendiri, silalah cuba.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. makan nasi panas2 sedap tu cik la mmg terangkat,,, akak pun dh telan air liur ni... huhu

    ReplyDelete
  2. Makan nie ngan nasi pun dah ohsem..

    ReplyDelete
  3. Sedap! Dh dalam menu mlm ni, petai masak dgn cili hijau, ehaaa! 😆

    ReplyDelete
  4. Fav ni..makan dgn nasi panas

    ReplyDelete
  5. Adoiii tengok gambaq ja pun rasa terus lapaq nasik. Hahahha

    ReplyDelete