11/07/2023

Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau.

Korang tau tau pokok mulberi atau nama inggerisnya Morus Rubra ni adalah makanan utama ulat sutera. Cikla baru tau yang ni. Haha. Semua bahagian pokok ni banyak kegunaannya. Buah mulberi kaya mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daunnya pulak terkandungnya zat adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Ehh, bijinya pulak mengandungi ureas. Selain tu, kulit akar pokok mulberi kaya dengan beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau.
Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau. Kredit Google. 

Masyarakat kat China pulak, buah mulberi ni dorang buat sebagai agen ubatan tradisional dorang sebab dorang percaya buah mulberi beri khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia termasuklah masalah rambut beruban.

Selain itu, buah mulberi turut digunakan untuk merawat masalah ketakbolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. Menariknya, buahnya yang telah dikeringkan boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

Antara khasiat lain buah mulberi adalah;  

1. Dikatakan mampu beri khasiat dan rangsang penghasilan cecair badan. 

2. Sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jusnya.

3. Dikatakan dengan memakan buah mulberi, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

4. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa, susah nak tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi untuk mengurangkan simptom-simptom tersebut. 

Selain buah, daun mulberi juga ada khasiatnya tersendiri, iaitu; 

1. Air rebusan daun mulberi digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. 

2. Daunnya yang telah kering pulak dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini jugak dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.

3. Daun mulberi yang telah dipanaskan pulak dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

4. Daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga.

Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau.
Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau. Kredit Google. 

Di samping itu, akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. 

Air rebusan kulit pokok mulberi pulak dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. Walau bagaimanapun, korang kenalah dapatkan nasihat yang pakar kalau nak gunakan pokok mulberi ni ya. Moga bermanfaat. 

Kredit : website khasiatpokokherba

10/07/2023

Ibu dalam pantang sembelit? MMG boleh bantu.

Sembelit dan ibu dalam pantang ni memang tak dapat dipisahkan kan? Ditambah dengan luka bersalin tak elok lagi la bertambah seksa.

Nak makan ubat sembelit sebarangan takut lak efek susu untuk baby. Walau dah cuba makan sayur. Walau dah cuba makan limau sunkis tapi tetap payah jugak nak keluar.

Kang teran kuat sangat kang lain pulak jadinya kan.

Korang jangan la risau. Sekarang ni banyak je cara mudah dan selamat. Minyak urut moden MMG kan ada. Minyak urut moden MMG ada kandungan MINYAK KAYU PUTIH yang boleh bantu  sangat untuk sistem pencernaan ibu-ibu tu. 

Ibu dalam pantang sembelit? MMG boleh bantu.
Ibu dalam pantang sembelit? MMG boleh bantu. 


Nak guna pun senang sangat. Sapu-sapu je secara membulat dekat area perut sehingga atas ari-ari tu. Sapu jugak dekat pinggang, bawah pelipat kaki dan tapak kaki tu. 

Slowly korang akan rase MERESAP ke dalam kulit tu. Erpp erpp angin  keluar atas bawah tu. Perut yang memulas tu cepat je bertindak balas tau. 

Rasa LEGA dan PUAS sesangat. Badan ni jangan citer la segarnya macam baru lepas balik dari spa.

Ibu dalam pantang sembelit? MMG boleh bantu.
Ibu dalam pantang sembelit? MMG boleh bantu. 

Ibu dalam pantang sembelit? MMG boleh bantu.
Ibu dalam pantang sembelit? MMG boleh bantu. 

Bau wangi LAVENDER tu ala-ala aromaterapi sungguh tau. Badan pun  rasa hangat-hangat manja je. Elok sangat la nak elak badan jadi sejuk time berpantang tu. 

Ibu ibu nak cuba ke tu. Boleh sesangat harga pun mampu milik tau. 

Nak ooooder boleh klik SINI

09/07/2023

Adakah mungkin tahap kalsium menjadi rendah selepas operation total?

Ada yang bertanya, adakah mungkin tahap kalsium menjadi rendah selepas operation total?

Jawapannya, ya. Kemungkinan tahap kalsium akan jadi rendah tu memang ada sebab operation total akan terbuang sekali satu atau dua atau lebih parathyroid gland (kelenjar untuk hasilkan kalsium dalam badan). 

Bila tahap kalsium rendah, pesakit akan mengalami tahap detak jantung yang rendah. Sebab, kalsiumlah yang membantu melancarkan perjalanan darah ke jantung. Jadi bila rendah tahap kalsium, pulse rate pun akan ikut rendah.

Adakah mungkin tahap kalsium menjadi rendah selepas operation total?
Adakah mungkin tahap kalsium menjadi rendah selepas operation total? Kredit Google.

Tapi, jangan bimbang sangat sebab semua tu adalah masalah biasa kepada yang dah operation total. Selagi pesakit masih ada di dalam ward, selagi itulah keadaan dia akan dipantau dengan rapi.

Kalau dah boleh minum minuman biasa, beri kepada pesakit susu yang berkalsium tinggi untuk diminum bagi untuk membantu tahap kalsium, selain dari drip kalsium yang doktor bagi.

Kredit : Kpah (Grup Fb Tiroid dan Anda Ori)

08/07/2023

Kenapa madu boleh dijadikan pilihan supplement terbaik untuk ibu mengandung?

Kita ni orang perempuan bila mengandung memang tahap kesihatan kita sukar untuk diramal. Hari ni sihat okey je. Cergas, aktif ke sana sini. Tapi esoknya pulak tiba-tiba jadi lesu, letih, tak bermaya. Meledorr je kat atas katil nun.

Kita sendiri pun boleh jadi tak faham dengan keadaan badan kita sendiri kan. So, untuk atasi atau kurangkan simptom ni semua apa lagi mesti pengambilan ubat la disyor kan? Betul tak? 

Kalau cikla, time mengandung dulu sebolehnya taknak la amik sebarang ubat melainkan yang disyorkan oleh doktor. Risau gak kan lagi-lagi kalau ubatan tu semua bagi kesan pada baby dalam perut tu. Lagi jadi double masalah nanti. 

So, apa solution terbaik agaknya untuk bantu ibu-ibu mengandung ni ye?

Jawapannya, madu.

Ehh, bukannya madu yang lagi satu tu ye. Kalau yang tu silap-silap bergegor dinding umah kang. Hihi. Ibu boleh mengambil madu sebagai supplement atau makanan tambahan atau penggantian ubat untuk melegakan 'ketakselesaan' si ibu. 

Lagipun ia adalah salah satu makanan yang sihat untuk ibu mengandung. 

Antara kandungan nutrien yang ada dalam madu adalah air, karbohidrat, vitamin (B dan C) serta mineral (kalsium, zat besi dan sodium). Jadinya, ibu mengandung ni memang sangat sangat sangat digalakkan ambil madu sebagai sumber tenaga. 

Khasiat madu ni memang banyak lebih-lebih lagi untuk kesihatan. Hurmm, semua orang dah tau kot. Tapi takpe, cikla nak kongsi 3 manfaat madu ni dan lebih kepada nak resfresh balik la kan kot mana tau ada yang tak tau kan atau first time tau pasal ni.

Kenapa madu boleh dijadikan pilihan supplement terbaik untuk ibu mengandung?
Kenapa madu boleh dijadikan pilihan supplement terbaik untuk ibu mengandung? Kredit Google. 

1. Madu sebagai agen antibodi yang bagus.

Perubahan luaran dan dalaman yang dialami oleh ibu mengandung menyebabkan ibu mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Lagipun dalam masa si ibu menyesuaikan diri dengan baby dalam perut tu, keadaan badan mereka jadi agak lemah. Memang dikhuatiri memudaratkan si ibu kalau dia ambil sebarang ubat tanpa nasihat pakar. Jadi, madu adalah pilihan terbaik sebab supplement semulajadi untuk menguatkan antibodi mereka.

2. Madu dikatakan dapat mengatasi masalah perut meragam.

Rasa pedih ulu hati, perut meragam dan tak selesa selalu je dialami oleh kebanyakan ibu mengandung. So, madulah pilihan terbaik untuk bantu legakan rasa-rasa tak best ni semua. Apa kata try amik madu dengan segelas susu kalau perut rasa tak selesa. Jangan risau, madu tak akan membuatkan ibu rasa loya tapi ia akan menjadi agen pemanis semulajadi dalam makanan kita. 

3. Madu dipercayai dapat bantu kurangkan morning sickness.

Morning sickness amat menjengkelkan. Tapi percayalah itu adalah momen terindah yang ibu ibu akan kenyang masa tua nanti. Haha. Selalu muntah, pening pastu emosi pulak asyik ke laut je memang memenatkan si ibu. 

Jangan pandang remeh tau morning sickness ni sebab keadaan ni boleh buat ibu jadi dehidrasi dan hilang selera makan. Apa kata try atasinya dengan mengambil sesudu madu setiap pagi sebelum makan. InshaAllah akan membantu ibu ibu rasa lebih nyaman. 

Moga bermanfaat. 

Kredit info Catatan Kehamilan oleh Naimah Muhammad. 

07/07/2023

Tiada lagi betis dan kaki lenguh.

Bila kita berjalan jauh mulalah betis lenguh, kaki sakit. Berdiri lama rasa nyut-nyut kan, timbul pulak urat-urat biru kat betis.

Tapi InshaAllah dengan minyak urut moden MMG ni, Sengal pada betis kita boleh lega dengan hanya sapu dan urut perlahan-lahan atau picit-picit labu betis gitu.

Kebaikan minyak urut moden MMG; 

1. Legakan rasa LENGUH.
2. Legakan rasa TEGANG OTOT. 
3. Legakan URAT SIMPUL.

Tiada lagi betis dan kaki lenguh.
Tiada lagi betis dan kaki lenguh.

Sapu MMG dalam 2 ,3 saat je dah meresap dah mula rasa lenguh-lenguh pada betis tu hilang. Lagi elok sapu sebelum tidur, InshaAllah bangun pagi esok rasa macam dapat kaki baru gitu kekdahnya. 

Lepas ni jalan jauh pun dah tak risau dan yang utamanya nak solat pun tak terganggu sebab dah sihat. 

Ada yang nak cuba minyak urut moden MMG? Tekan Iink SINI untuk info Ianjut.