14/06/2023

Rasa mengantuk semasa memandu? Calit benda ni, terus segar mata.

Ada kemalangan yang berlaku disebabkan pemandu terlelap dan tertidur masa memandu. Tu kerana terlalu penat. Tak dinafikan ada yang bekerja sebagai pemandu atau  ke mana mana dengan kenderaan. Ada yang perantau nak balik kampung. Ini yang agak membimbangkan. 

Jadi untuk mengelakkan dari perkara ni berlaku;

1. Kena cukup rehat.
2. Berhenti jika rasa mengantuk.
3. Ada teman berborak.
4. Ada minyak angin untuk hilangkan mengantuk.

Rasa mengantuk semasa memandu? Calit benda ni, terus segar mata.
Rasa mengantuk semasa memandu? Calit benda ni, terus segar mata. 

Cikla nak suggestkan dekat korang guna produk Minyak urut moden MMG untuk membantu korang semasa memandu. Minyak MMG ni ada minyak kayu putih dan menthol crystal yang sangat membantu beri kesegaran pada korang masa memandu. 

Bukan sahaja mengatasi masalah mengantuk juga lenguh lenguh badan masa memandu juga. InshaAllah, sangat membantu.

Nak order sekarang? Tekan SINI cepat.

Malam Zulaikha, peminat cerita seram wajib tengok drama ni.

Drama Bunga, Aku Tunggu dah lama habis. Korang puas hati tak dengan endingnya? Haha. Okey, bukan nak cite pasal drama yang dah habis tu, cikla nak share satu lagi drama yang cikla rasa korang kena tengok, terutama para peminat cerita seram. Cikla pun follow gak citer ni and pada cikla jalan ceritanya memang menarik pastu pelakonnya pun hebat hebat belaka. 

Drama Malam Zulaikha ni ada 15 episod semuanya, terbitan Tanah Beris Film Production kat slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua, skrip pulak oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil. 

Para pelakon drama  ni semua mantap mantap belaka gabungan pelakon lama dan baru. Apa yang menarik hero heroin drama ni tak lain tak bukan pasangan suami isteri fofular Adam Lee dan Sweet Qismina. Pelakon lain yang tak kurang hebatnya seperti Fiza Thomas, Amyza Aznan, Vanidah Imran dan ramai lagilah. 

Malam Zulaikha, peminat cerita seram wajib tengok drama ni.
Malam Zulaikha, peminat cerita seram wajib tengok drama ni. 

Okey lah, secara ringkasnya Malam Zulaikha ni mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Zulaikha lakonan Sweet Qismina yang berubah disebabkan 'pendamping' akibat dari perjanjian yang dibuat oleh ibu, Suria lakonan Amyza Aznan. Awalnya, Zulaikha selalu mengalami gangguan mistik. Banyak hal aneh dan misteri terjadi dan hal ni menjadikan Zulaikha seorang yang suka menyendiri. Akhirnya, dia telah pulang ke kampung untuk merungkai misteri 'pendamping' itu dan mencari segala jawapan kepada gangguan yang selalu dialaminya. 

Izmir lakonan Adam Lee, teman rapat Zulaikha yang telah mengetahui keadaan Zulaikha bertekad untuk membantu. Dia telah membawa Zulaikha berjumpa dengan bapanya, Tuan Rahim lakonan Rahim Jailani yang merupakan seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam. Zulaikha dikatakan didampingi saka. Dia dinasihatkan untuk balik ke kampung untuk membongkar apakah kebenaran disebalik saka yang selalu mengganggunya. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Pembongkaran menjadi lebih sukar bila ibu Zulaikha meninggal dunia secara misteri. 

Apa kaitan pulak Engku Salbiah lakonan Ku Faridah dengan kejadian yang menimpa Zulaikha? Perghhh, makin hari bertambah suspen citer ni. Apa yang pasti, setiap episod mesti ada 'sesuatu' yang merenggut perasaan ingin tau penonton. Ahh gitu. Hihi. Panjang lagi kisahnya. So, kalau nak tau apa kesudahannya kenalah tengok sampai akhir episod. 

Bagi cikla apa yang penting pengajaran yang kita boleh amik dari drama ni. Jangan bergantung harap dan meminta pertolongan selain dari Allah. Syaitan dan jin ni kerja dorang suka menyesatkan manusia. Mereka yang mudah termakan janji rayu je akan terjebak dengan pujuk rayuan syaitan laknatullah. 

Okey la, jangan lupa tengok tau. Babai. 

Kredit info SINI

13/06/2023

Untuk yang suka travel wajib ada ni.

Ubat-ubatan bawa ke tak tu? Kalau tak tau nak bawa ubat ubatan apa, mari sini come to mama. Ada barang baik ni. Hahaha. Haaa cikla nak rekemen la kat korang guna MMG ni. 

Untuk yang suka travel wajib ada ni.
Untuk yang suka travel wajib ada ni. 

Sebab apa cikla rekemen sebab dah tak payah bawa ubat ubat lain dah. MMG ni boleh guna masa korang tengah; 

👉 Sakit kepala
👉 Sakit perut
👉 Mual-mual
👉 Lenguh berjalan

Jadi korang boleh jimat ruang dah kan masa travel. Semua masalah boleh di atasi. Pantas membantu melegakan plak tu. Jom order.

Klik SINI sekarang.

Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap.

Siapa suka makan kerang? Kerang ni sapa yang tak kenal adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Kulit dia bentuk macam bulat lonjong dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya. Antara kandungan nutrisi yang ada dalam kerang ialah vitamin B12, iodin, zat besi, selenium, fosforus, tembaga dan protein. 

Jom cikla nak share resepi mudah berkaitan dengan kerang ni. Jom tengok bahan dan caranya. 

Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap.
Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap. 

Bahan :

Kerang  1 kg.
Garam.
Sos tiram 4 sdm.
Sos cili 4 sdm.
Kicap manis 2 sdm.
Daun limau 2 helai.
Daun salam 2 helai.
Tomato dihiris.
Daun bawang.
Daun saderi untuk ditabur.

Bahan tumis :

Bawang merah 5 biji.
Bawang putih 4 biji.
Halia.
Lengkuas.
Cilipadi merah dihiris.
Cili padi dihiris.

Caranya :

Bersihkan kerang dan toskan. Kemudian, tumis bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan kerang dan air, pastu tutup. Setelah itu masukkan sos cili, tiram, kicap dan garam. Gaul rata. Masukkan cili hiris, daun bawang dan tomato. Masak sampai semua sebati. Tabur daun saderi dan hidangkan. 

Kalau agak-agak nak masak untuk keluarga, belilah 2-3 kg kerang. Baru puas hati. Hehe. Apa yang penting, basuh kerang sebersihnya dan dengan betul sebab ia berbahaya kalau dimakan mentah atau kurang masak. 

Selamat mencuba.

Kredit resepi kepada pemilik asal resepi.

5 tip mudah dalam bisnes.

Dalam hidup ini tiada benda atau hal yang mudah. Kuncinya adalah kalau nak berjaya atau impikan sesuatu mesti kena berusaha. Setuju tak?  

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Begitu jugak dengan berbisnes. Mana ada orang duduk-duduk diam jer, pastu kaching kaching duit masuk. 

Even bos bos pun setiap hari struggle fikir macam mana cara nak kukuhkan bisnes dan bantu anak buah atau team. 

Bagi cikla, semuanya bermula dari niat. Apa niat korang buat bisnes ni. Semata mata nak kaya ke atau lebih dari tu. Ehh, sapa tak nak kaya kan. Senang, duit banyak boleh bikin tilam. Harta berkoyan koyan. Cikla pun nak. 

Tapi kena ingat, harta tak menjamin ketenangan hati. Ada orang semua ada, tapi jiwa tak tenang. Rasa ada je tak cukup. Tapi ada jugak orang yang hidupnya sederhana, tapi tenang. Bahagia dan enjoy dengan life dia.

Hurmm, berbalik pada tajuk, cikla tau kebanyakan sahabat cikla ni mesti orang bisnes kan? Tak kiralah korang ni hanya dropship, ejen, stokis even owner bisnes tu sendiri. 

Namun, korang tau tak apa tip mudah kalau nak kekal mantain dalam bisnes dan insyaAllah bisnes korang tu akan kekal lama? Mungkin ni boleh bantu korang celikkan mata dan mungkin selama ni ada hal yang korang terlupa. 

5 tip mudah dalam bisnes.
5 tip mudah dalam bisnes.

Pertama, sentiasa kongsi manfaat. Maksudnya, produk yang kita jual or promote tu boleh bagi manfaat dan kebaikan pada mereka diluar sana. Bagi cikla kalau boleh elak guna perkataan jual dan yang sewaktu dengannya. Niat berkongsi manfaat bukan semata-mata nak untung jer.

Di Facebook terutamanya, share jugak story life kita di samping kisah bisnes kita macam COD parcel ke, POST OUT parcel ke, packing ke, stok landing ke atau share customer yang guna produk kita tu dan sebagainya. 

Tapi kalau share life tu janganlah semua benda kita nak share kan. Simpan sikit untuk diri sendiri. Senang cakap more kepada bisnes life la, nak selit kisah sendiri boleh tapi jangan selalu. Paling tak pun audition tau la yang kita ada 'life' lain selain asyik bisnes je. Hihi. 

Pastu, pecah tembok malu. Nak berbisnes tak boleh malu. Mesti berani. Berani kongsi apa manfaat produk korang tu. Mesti berani jawab segala pertanyaan prospek/customer mengenai produk korang. Apa yang penting, jawab dengan yakin tanpa was-was. Gitu. 

Kalau korang ada team pulak, sentiasa followup team. Tanya apa masalah dan jangan lupa bagi semangat kat dorang. 

Bukan apa, sebagai leader kita mestilah ambil berat pada orang bawah kita, lagipun takdelah orang anggap kita ni leader asyik nak untung je. Tau nak push push suruh team sale. Nampak macam ada unsur paksaan di situ kan. 

Selain tu, kongsilah tip ke, atau wish/send hadiah birthday ke dan lain-lain. Ada banyak lagi cara yang korang boleh buat untuk amik hati team korang. Betul tak?

Lastly, apa yang terpenting adalah usaha seiring dengan doa. Bersungguh-sungguhlah  minta Allah permudahkan segala urusan korang dan murahkan rezeki. InshaAllah semuanya akan berjalan seperti yang korang impian. 

Good luck semua.