Sebagai manusia biasa kita pasti pernah melalui fasa yang sukar. Ada yang kehilangan orang tersayang, ada yang dikecewakan, ada jugak yang terluka kerana apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Semua itu akan meninggalkan kenangan yang memang susah nak lepaskan.
Persoalannya, adakah kita mahu terus hidup dengan masa lalu atau pilih untuk move on dan teruskan hidup macam biasa?
Hakikatnya, move on bukan bermaksud kita kena lupakan segala yang pernah berlaku. Sebaliknya, ia adalah proses untuk kita terima bahawa ada sesetengah hal yang memang kita tak mampu nak ubah.
Perkara yang berlalu akan tetap menjadi sebahagian daripada kisah hidup kita, tapi ia tak semestinya menentukan masa depan kita. Betul tak?
Ramai yang sangka move on itu mesti dan perlu berlaku dengan cepat. Sebenarnya tak ye. Ada hari kita rasa kuat, ada hari kita akan kembali bersedih. Benda ni normal je. Setiap orang mempunyai perjalanan dan tempoh penyembuhan yang berbeza.
Apa yang penting ialah kita tak berhenti melangkah. Bagi ruang pada diri kita untuk sembuh, buatlah hal yang happy happy, luangkan masa bersama orang yang menghargai kita dan percaya bahawa hari esok sentiasa membawa peluang untuk memulakan sesuatu yang lebih baik.
Hidup ini bukanlah lama sangat untuk kita habiskan dengan terus pandang ke belakang. Ye betul, kenangan mungkin tak akan hilang sepenuhnya, tapi rasa sakit itu akan semakin pudar bila kita pilih untuk terima dan teruskan hidup kita.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk melepaskan apa yang tak lagi menjadi milik kita dan terus melangkah dengan hati yang lebih tenang.
Kadang-kadang, kebahagiaan bukan datang bila kita dapat balik apa yang kita dah hilang, tapi bila kita belajar menghargai apa yang masih kita miliki hari ini. Begitulah....

sebut, tulis senang je.. nak buat tu.. fuhhh...
ReplyDeletesemoga yang baik2 je untuk kita semua..
move on bukan maksud melupakan...
ye betul. rasa macm tipu je dia boleh lupa senang-senang je kan
DeleteDeep betul perkongsian ni, sangat mendalam dan menusuk ke hati. Setuju sangat yang move on tu bukannya kena paksa diri lupakan segalanya sekelip mata, tapi lebih kepada berdamai dengan takdir. Setiap orang ada healing pace masing-masing, janji kita tak berhenti melangkah untuk cari bahagia hari ni.
ReplyDeletebenar. jgn terikat oleh pengalaman lalu umpama kaki kita dirantai dari bergerak ke depan
Deletebetul tu. bukan mudah untuk melupakan. tapi perlu kehidupan perlu diteruskan.. tidak lupa bukan bererti tidak move on.. :)
ReplyDeletesetuju
DeleteAgree kak. Pastinya saya pun tak nak terjebak di masa lalu. Hidup harus berjalan. Jangan stuck. Yg rugi kita.
ReplyDeleteBersedih boleh, ambil masa utk menangis. Tapi setelah itu, pikirkan masa depan. Pikirkan diri sendiri. Pikirkan orang lain yg mesti kita jaga. Yg dah lewat, sudahlah...