Apabila bercakap tentang masalah tiroid, ramai yang fikir dan anggap semua penyakit tiroid adalah sama. Malah, ada juga yang beranggapan kalau ada ketulan atau bengkak pada bahagian leher tapi keputusan darah normal, ia pasti merupakan kanser tiroid.
Hakikatnya, tanggapan ini tak tepat ye. Walaupun saya dah share pasal ni banyak kali dalam blog ni, sebenarnya penyakit tiroid mempunyai beberapa jenis dan setiap satunya melibatkan keadaan yang berbeza.
Pertama, hyperthyroid ialah keadaan bila kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan. Hormon ini fungsi dia untuk kawal kadar metabolisme badan. And, bila jumlahnya terlalu tinggi, badan kita akan bekerja lebih laju daripada biasa.
Mereka yang mengalami hyperthyroid mungkin akan mengalami jantung berdebar, penurunan berat badan walaupun selera makan bertambah, mudah berpeluh, cepat berasa panas, tangan menggeletar serta sukar tidur. Ini simptom yang biasalah jadi.
Kedua, hypothyroid pulak berlaku bila kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang terlalu sedikit. Keadaan ini akan menyebabkan metabolisme badan menjadi lebih slow.
Penghidap hypothyroid sering mengadu cepat letih, mudah berasa sejuk, berat badan meningkat, kulit jadi kering, sembelit dan kurang bertenaga.
Kedua-dua keadaan ini umumnya melibatkan masalah penghasilan hormon tiroid dan biasanya dapat dikenal pasti melalui ujian darah iaitu thyroid function test (TFT).
Ketiga, berbeza pulak dengan keadaan bila wujudnya bengkak atau ketulan pada kelenjar tiroid. Ramai yang terkejut bila doktor bagitau result blood test dorang normal je walaupun dorang ada ketulan kat leher dorang.
Sebenarnya, benda ini bukanlah yang luar biasa. Ia normal dan ada berlaku. Ujian darah yang normal hanya show fungsi hormon tiroid masih berada dalam julat normal, tapi ia tak dapat menentukan sama ada sesuatu ketulan itu jinak (benign) atau kanser.
Walaupun kebanyakan ketulan tiroid adalah tak berbahaya dan bukan kanser disebabkan ia adalah nodul jinak, sista atau pembesaran kelenjar tiroid tapi ada jugak sebilangan kes yang melibatkan kanser tiroid.
So, setiap ketulan tiroid tu doktor kena check dan dinilai dengan pemeriksaan lanjut seperti imbasan ultrasound dan biopsi (FNAC) bagi memastikan diagnosis yang tepat.
Itu pun kadang tak tepat pun. Macam saya dulu suspek je. Dah opret total, baru confirm ia adalah kanser.
Apa yang penting, awareness tentang penyakit tiroid sangat penting ye sebab simptomnya selalu disalah anggap sebagai keletihan biasa ataupun perubahan hormon.
Kalau korang perasan adanya bengkak kat bahagian hadapan leher korang, pastu korang mengalami perubahan suara pulak, susah nak menelan atau mempunyai simptom yang berkaitan dengan hyperthyroid atau hypothyroid, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor ye.
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment