Pernah tak korang send mesej dekat seseorang, lepas tu tunggu berjam-jam sampai berhari-hari tapi masih tak reply? Lagi geram bila nampak je dia online, siap update status lagi, tapi mesej kita langsung dia tak nampak sebelah mata pun, huhu.
Dalam situasi camni, ramai yang mula berfikir macam-macam. Ada yang rasa diri tak penting, ada yang fikir lelaki tu dah tak berminat, malah ada juga yang terus membuat kesimpulan hubungan tu ada problem.
Hakikatnya, tak semua lelaki yang lambat reply mesej itu sengaja mengabaikan orang lain. Cara lelaki berkomunikasi sebenarnya berbeza dengan kebanyakan wanita.
Ramai lelaki melihat mesej tu sebagai satu perkara yang perlu dijawab bila dorang betul-betul ada masa atau bila dorang rasa perlu memberi perhatian penuh kepada conversation tersebut.
Ada lelaki yang jenis fokus pada kerja. Bila dia tengah bekerja, dia boleh letakkan telefon di tepi selama beberapa jam tanpa membuka WhatsApp langsung. Bukan sebab tak nampak mesej, tapi sebab fikirannya sedang tertumpu kepada perkara lain. Bila kerja selesai, barulah dia teringat semula untuk membuka dan membalas mesej yang tertangguh.
Selain itu, ada juga lelaki yang sememangnya bukan jenis suka bersembang melalui telefon. Mereka lebih selesa cakap secara berdepan atau melalui panggilan telefon berbanding menaip panjang-panjang. Bagi dorang, mesej sekadar medium untuk menyampaikan perkara penting, bukannya tempat untuk berbual sepanjang hari.
Kadang-kadang, lelaki lambat membalas mesej bukan sebab busy, tapi sebab tak tahu nak reply apa. Mungkin mesej yang diterima tak memerlukan jawapan segera atau pun dorang ni ambil masa untuk fikir respons yang sesuai. Ada juga yang membaca mesej, berniat untuk membalas kemudian, tapi akhirnya lupa sebab terlalu banyak perkara lain yang sedang difikirkan.
Namun begitu, kita juga tak boleh nak nafi ada jugak sesetengah lelaki yang memang kurang berminat.
Kalau seseorang sentiasa memberikan alasan yang sama, mengambil masa terlalu lama untuk membalas tanpa sebab yang munasabah atau hanya relpy bila dia perlukan sesuatu, itu mungkin petanda bahawa keutamaan korang dalam hidupnya takdelah sepenting yang disangka.
Walau apa pun, korang janganlah cepat sangat nak buat andaian hanya berdasarkan kelajuan seseorang membalas mesej.
Setiap orang mempunyai rutin, komitmen dan cara komunikasi yang berbeza .
Ada orang yang membalas dalam masa beberapa minit, ada juga yang memerlukan beberapa jam. Kelajuan membalas mesej tak semestinya menggambarkan tahap sayang, hormat atau penghargaan terhadap seseorang.
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai yang menganggap balasan mesej segera sebagai tanda perhatian.
Tapi hakikatnya, perhatian sebenar bukan sekadar pada seberapa cepat seseorang membalas WhatsApp. Yang lebih penting ialah bagaimana dia melayan kita secara keseluruhan, sama ada dia menghormati kita, mengambil berat tentang perasaan kita dan sentiasa ada ketika diperlukan.
So, kalau ada lelaki yang lambat membalas mesej korang, jangan cepat melatah atau membuat kesimpulan negatif. Cuba lihat gambaran yang lebih besar.
Mungkin dia memang sibuk. Mungkin dia bukan kaki WhatsApp. Atau maybe dia tengah berdepan dengan perkara yang korang sendiri tak tahu.
Kadang-kadang, ketenangan dalam memahami seseorang jauh lebih baik daripada terlalu banyak berfikir tentang dua tanda biru di WhatsApp. Betul tak?
No comments:
Post a Comment