Ada masanya mak-mak ni boleh jadi blur nak masak apa hari-hari. Macam cikla, dah la lauk hari-hari ayam saja, ikan memang amatlah jarang masuk dalam rumah ni. Kot teringin barulah masak. Masak sekor dua potong tiga pun belum tentu habis.
Berbalik kepada kisah menu block mak-mak, kebetulan cikla nampak adik cikla post dekat status wasap dia buat ayam masak kerisik. Apa lagi, kita usha lah resepinya. Jom cikla share macam mana nak masak, mana tau kot-kot korang nak try pulak kannn. Hihi.
![]() |
| Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa.. |
Resepi ayam masak kerisik versi saya.
Bahan-bahan:
Ayam (dipotong ikut suka korang nak besor ke nak kecik ke kemudian dibersihkan sebersih-bersihnya).
1 biji bawang besar.
2-3 ulas bawang putih.
1/2 inci halia.
1/2 inci kunyit hidup (kalau kurang kuning korang topup dengan serbuk kunyit ya).
Sebatang serai diketuk.
Kerisik 1 peket.
Minyak untuk menumis.
Garam, gula dan perasa secukupnya.
Hiasan (optional, ada letak. Kalau takde tak payah).
Daun bawang.
Tomato.
Cili merah/hijau.
Cara nak masak:
1. Blend bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hidup sampai lumat.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali/periuk yang sesuai, kemudian tumis bahan blend tadi sampai garing dan naik bau. Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk, tumis sekejap.
4. Masukkan ayam dan air secukupnya. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan kerisik, garam, gula dan perasa secukupnya. Kalau nampak kering kuahnya, tambah air sikit. Biarkan sekejap.
6. Last, masukkan tomato dan cili merah kemudian taburkan daun bawang. Gaul-gaul sekejap. Siap untuk dihidang.
![]() |
| Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa.. |
![]() |
| Ayam masak kerisik, bila tak tau nak masak apa.. |
Kalau korang suka berkuah, lebihkan air. Tapi cikla, suka pekat sikit camni. Jangan risau, kita yang buat dia. Ejas je sampai rasa okey. Bagi cikla, rasa ayam masak kerisik ni not bad jugaklah. Tak pedas, budak-budak boleh join makan. Jadilah, buat tukar-tukar selera kan. Takdelah makan menu yang sama hari-hari. Selamat mencuba.



Nampak sedap ni boleh la try nanti.
ReplyDeleteHihi, selamat mencuba
DeletePenyelamat betul bila dah mati idea nak masak apa! Nampak sungguh menyelerakan kuah pekat berkerisik tu, budak-budak pun mesti suka sebab tak pedas. Boleh try resepi ni nanti!
ReplyDeleteItu lah. kdg resepi yg kita main belasah boleh jadi sedap pulak ehh... hihi
Delete