Ke manakah mungkin sel-sel kanser boleh pergi, sekiranya ia berulang atau relapse?

By October 09, 2025

Kita tahu bila kelenjar tiroid dah dibuang total sebab kanser, kemudian kita menjalani rawatan RADIOIODINE (RAI) untuk hapuskan sel kanser, tapi kadang-kadang sel kanser tu boleh berulang atau relapse.

Kalau macam tu, sel kanser tiroid tu biasanya akan pergi ke bahagian mana dalam badan? Adakah ia boleh merebak ke bahagian lain?

Kepada yang pernah relapse, semoga Allah permudahkan untuk buat rawatan lanjut dan kembali pulih seperti sediakala. InshaAllah.

Ke manakah mungkin sel-sel kanser boleh pergi, sekiranya ia berulang atau relapse?

Kemungkinan sel kanser boleh relapse dan merebak ke bahagian lain dalam badan memang ada. Sel kanser tiroid biasanya cenderung untuk merebak ke beberapa bahagian dalam badan seperti di kelenjar limfa (lymph nodes )di leher, di paru-paru, tulang dan kadang-kadang ke bahagian lain yang jauh seperti otak atau hati (tapi ini jarang berlaku).

Sebab kelenjar tiroid dah tiada, sel kanser yang tinggal boleh "sembunyi" dalam tisu lain atau masuk ke saluran darah dan limfa, kemudian merebak ke tempat-tempat yang disebutkan di atas.

Sebab itulah, pemantauan dan ujian darah seperti paras thyroglobulin, penting untuk mengesan jejak sel kanser dengan lebih awal. Juga jangan skip untuk buat RAI setiap 6 bulan, supaya sel-sel kanser dapat dihapuskan untuk selama-lamanya.

Pil Levothyroxine sangat penting. Ada kes yang relapse hanya sebab sengaja skip thyroxine.

Macam kes saya, selepas 5 tahun, suspicious recurrence/relapse setelah buat ultrasound nampak something di thyroid bed tapi sangat kecil. Done buat PET SCAN, takde jumpa yang pelik di tempat lain and sekarang next akan repeat ultrasound and buat RAI. Doakan saya ye. 

Kredit grup fb TIROID DAN ANDA (ORI).

You Might Also Like

0 comments