Salah faham tentang prosedur biopsi (kanser tiroid).

Ada perkara yang sering disalah faham antaranya ialah bolehkah kanser merebak ketika prosedur biopsi?

Penting untuk diketahui bahawa untuk prosedur biopsi, doktor akan menggunakan jarum halus untuk mengambil sampel tisu dengan cara yang paling selamat dan terkawal. 

Sel kanser yang sudah wujud dalam badan tak akan bertambah buruk hanya kerana biopsi dilakukan. Kalau kanser merebak, itu berlaku kerana sifat kanser itu sendiri, bukan sebab dicucuk jarum.

Penyebaran sel kanser melalui laluan jarum biopsi (dikenali sebagai needle tract seeding atau NTS) adalah komplikasi yang sangat jarang berlaku terutama untuk kanser tiroid.

Salah faham tentang prosedur biopsi (kanser tiroid).
Kredit image Cleveland Clinic

Biopsi FNAC adalah selamat. Ia adalah prosedur yang tak begitu invasif (menggunakan jarum yang sangat tipis, kadang kala sekecil jarum pengambilan darah) dan merupakan kaedah yang diterima dan paling penting untuk mendiagnosis kanser tiroid.

Tentulah kita mengharapkan yang apa-apa prosidur Biopsi, termasuklah  FNAC, tak akan menyebabkan penyebaran kanser.

Kita harus faham bahawa biopsi adalah kaedah penting untuk diagnosis tepat (wpun tidak 100% tepat), manakala penyebaran kanser adalah proses semula jadi penyakit itu sendiri.

Jangan takut atau bimbang untuk buat prosedur biopsi. Lagi awal doktor dapat kesan sekiranya ada sel kanser, lagi awal rawatan lanjut boleh dibuat.

Kredit info grup facebook Tiroid dan Anda (ORI).

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews