Apa yang penting... confident!

Kadang-kadang, kita terlalu fokus nak nampak perfect dalam semua benda termasuk cara kita belajar atau buat sesuatu. Tapi kalau tengok gambar  kat bawah tu, kan comel? 

Apa yang penting... confident!
Apa yang penting... confident! 

Seorang budak kecil tengah khusyuk baca buku, walaupun terbalik! Haha. Sebenarnya, itulah simbol semangat sebenar untuk belajar. Rasa ingin tahu dan keyakinan diri. Dia mungkin belum tahu buku tu terbalik, tapi semangat dia nak “baca” tu luar biasa. Tak kisah apa orang nampak, yang penting dia cuba.

Dalam hidup pun sama. Kadang kita rasa orang lain semua “betul”, kita je yang “terbalik”. Tapi siapa tahu, dari percubaan terbalik tu lah datang idea baru, cara baru atau rezeki yang kita tak disangka.

Jadi, lepas ni kalau rasa tersilap langkah atau buat benda tak macam orang lain. Tarik nafas, senyum dan teruskan. Yang penting, yakin dan terus belajar.

Sebab kadang, jalan terbalik pun boleh bawa kita ke arah yang betul. Kan?

No comments:

Post a Comment

Library

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke arinillalove82@gmail.com. Terima kasih.