Resepi ayam masak merah kenduri.

Hai hai korang. Dah masuk dapur ke tu nak masak menu berbuka nanti. Ke masih tergolek golek kat depan tv tu sambil fikir nak masak apa nanti. Nah, apa kata korang masak resepi ni. Makan dengan nasi putih pun sedap je. 

Ayam masak merah merupakan salah satu hidangan istimewa yang sering disajikan dalam majlis kenduri dan acara istimewa. Keenakan hidangan ini terletak pada gabungan rasa pedas, manis dan sedikit masam yang meresap ke dalam ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. 

Resepi ini sangat sesuai dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato, menjadikannya pilihan utama dalam menu kenduri. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak masak.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong kecil, dibasuh bersih.
Garam dan kunyit secukupnya (untuk perap ayam) 
Minyak untuk menggoreng ayam.

Bahan kisar:

3 biji bawang besar (saiz besar).
4-5 ulas bawang putih.
1 ½ inci halia.

Bahan tumis:

3-4 senduk cili kisar.
5 sudu besar sos cili.
2 biji tomato – dipotong kecil.
2 batang serai – diketuk.
1 batang kulit kayu manis.
3 bunga lawang.
5 biji buah pelaga.
Garam dan gula secukupnya.

Resepi ayam masak merah kenduri.
Ayam masak merah kenduri.

Cara penyediaan:

1. Perap ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga sehingga naik bau. Masukkan serai dan tumis seketika.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing. Tumis sehingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

4. Masukkan gula, sos cili, dan tomato. Biarkan seketika sambil dikacau. Tambahkan garam secukup rasa.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.

6. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato untuk kombinasi yang sempurna.

Hidangan ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga sangat menyelerakan. Sesuai untuk hidangan keluarga atau sebagai juadah utama dalam majlis kenduri.

Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar :  Empunya resepi. 

2 comments:

  1. cikla.... sedap sangat ni... yumm yumm yummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam masak merah ini sama dengan ayam masak merah yg di nasi kandar kak? Kalo itu saya suka sangat soalnya

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews