Bendi celur ala chicken rice shop: Resipi mudah dan sedap.

Bendi celur adalah antara menu sayur yang semakin popular di restoran dan kedai makan, terutamanya versi yang diinspirasikan daripada Chicken Rice Shop. Dengan gabungan rasa pedas, masin dan aroma bawang putih yang harum, hidangan ini sangat mudah disediakan tetapi tetap menggugah selera. Jom tengok macam mana nak masak. 

Bendi celur ala chicken rice shop: Resipi mudah dan sedap.
Bendi celur ala chicken rice shop.

Bahan-bahan:

Bendi secukupnya.
10 ulas bawang putih (dicincang).
Sedikit udang kering (dicincang).
Cili paste (atau boleh gantikan dengan chili flakes).
Sedikit kicap cair.
Air ais.

Cara penyediaan:

1. Celur bendi;

- Didihkan air dalam periuk.
- Celur bendi dalam air mendidih sekejap sahaja untuk mengekalkan kerangupannya.
- Angkat dan segera rendam dalam air ais sejuk selama beberapa saat. Ini membantu mengekalkan warna hijau segar bendi serta teksturnya yang rangup.
- Toskan dan susun di atas pinggan hidangan.

2. Menyediakan sos tumis;

- Gunakan chopper untuk mencincang bawang putih dan udang kering supaya lebih halus dan sebati.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta udang kering hingga naik bau dan garing.
- Masukkan cili paste atau chili flakes, kemudian kacau rata.
- Tambahkan sedikit kicap cair untuk rasa yang lebih seimbang.
- Biarkan sos garing dan pecah minyak sebelum diangkat.

3. Last step;

- Siramkan sos tumis yang telah siap ke atas bendi celur.
- Hidangkan segera untuk menikmati kelazatan bendi yang rangup dengan sos pedas dan beraroma.

Tip extra:

1. Pastikan bendi tak dicelur terlalu lama supaya ia tak jadi lembik.

2. Udang kering boleh dibuang kalau mahu versi vegetarian, tapi ia memberi rasa lebih umami kepada hidangan.

3. Kalau suka lebih pedas, boleh tambahkan chili flakes atau cili padi yang dihiris halus.

Resipi ini sesuai untuk hidangan sampingan atau dimakan bersama nasi panas dan lauk lain. Ringkas, sihat dan sedap! Selamat mencuba. 

Kredit resipi dan gambar: Nurhidayah Bt Sahak.

3 comments:

  1. boleh cuba resepi ni nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Dulu saya tak tahu namanya bendi. Sebab di sini disebut okra atau ladies finger. Saya sukaaaa. Apalagi kalo dah ke kedai mamak, pasti minta pakai bendi.

    Sedap juga dibuat begini yaa ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews