'santai tapi sampai'

10 March 2025

Keluarga Itu, drama penuh pengajaran di Slot Lestary TV3.

Rasanya drama ni dah viral kot. Tapi cikla baru tertengok hari tu dah episod berapa tah. Part yang Dhamiah (lakonan Puteri Balqis) lari dari rumah. Rupanya drama ni dah start 28hb Februari hari tu. Tengok tu, nampak sangat dah lama tak layan drama. Haha. 

Apa yang cikla boleh kata, drama ni best. Penuh pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil. Janganlah kita pandang yang negatif je, ambil yang positif. Itu lebih baik kan. So, jomlah baca sinopsisnya sikit. 

Drama Keluarga Itu.

Episod: 30.
Tarikh Tayangan: Bermula 28hb  Februari 2025. 
Waktu Siaran: Jumaat -Ahad, 9.00 malam.
Rangkaian: LESTARY TV3.
Penulis Skrip: Erma Fatima.
Pengarah: Nur Ain Sharif 
Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd.

Watak Pelakon:

Rosyam Nor sebagai Iman.
Umie Aida sebagai Chempaka.
Puteri Balqis sebagai Dhamiah.
Amir Ahnaf sebagai Aman.
Fattah Amin sebagai Ansara.
Izara Aishah sebagai Husna.
Muaz Zabir sebagai Anwari.
Melissa Campbell sebagai Camelia.
Duerra Mitilda sebagai Dhini.

Lagu Tema (OST):

Tajuk: Tangisan Seorang Pendosa.
Penyanyi: Marsha Milan.
Komposer: Marsha Milan.
Lirik: Hazama.

Sinopsis.

Kehidupan keluarga Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida) sentiasa diuji dengan pelbagai konflik dan dugaan yang menguji keutuhan serta kekuatan mereka sebagai sebuah keluarga. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang disegani ramai, dikenali bukan sahaja kerana keteguhan imannya tetapi juga sifatnya yang dermawan. 

Bersama isterinya, mereka dikurniakan empat orang anak, Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis) dan Dhini (Duerra Miltilda). 

Namun, di sebalik kehidupan mereka yang kelihatan sempurna, tersembunyi satu rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain.

Apakah rahsia itu? Kalau nak tau kenalah tengok kan. Hihi. 

No comments:

Post a Comment