Selepas solat subuh, bacalah 3 kali 3 Qul (baca 3 kali qul huwallahu ahad, 3 Kali qul a'udzu bi falaq, 3 kali qul a'udzu bi nas ). Lalu amalkan membaca zikir yang diajar Rasulullah SAW ini. Antara kelebihannya diselamatkan daripada azab api neraka, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa) dan diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan). Syaitan tidak dapat menganggunya pada hari itu.
Zikir mudah tapi manfaatnya sangat besar. Gambar diubahsuai dari carian Google. |
لا إلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َريكَ Ù„َÙ‡ُ ، Ù„َÙ‡ُ المُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الØَÙ…ْدُ ؛ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِير (10 kali),
Mesti korang selalu amalkan zikir ini kan? Kita nampak ia mudah tapi manfaatnya sungguh besar.
1 - Rasulullah SAW kata jika dibaca 10x selepas solat subuh kita dapat 10 kebaikan. Bayangkan pada waktu pagi, orang lain mungkin ramai yang masih tidur tetapi kita sudah dapat 10 kebaikan. Kebaikan ini mungkin Allah akan beri ikut apa yang kita perlukan. Jika kita perlukan anak kita baik, Allah akan berikan kebaikan dalam bentuk anak yang soleh. Jika kita perlukan rezeki yang baik, Allah akan berikan rezeki yang mengalir dan penuh keberkatan. Subhanallah.
2 - Akan dihapuskan 10 keburukan. Setiap manusia ada sisi jahiliyah yang sukar untuk ditinggalkan. Sebagai contoh kurang zikir, kurang mengaji, mengumpat, tak tepati janji dan lain-lain. Dengan mengamalkan zikir ini Rasulullah SAW kata akan menghapuskan 10 keburukan yang selalu kita 'struggle' untuk tinggalkan. Seawal pagi kita sudah menjauh dari keburukan pasti lebih tenang kehidupan seharian kita.
3 - Allah akan mengangkat 10 darjat. Di dunia ada bermacam cara darjat diangkat contohnya seperti naik pangkat, ilmu bertambah, dapat bersedekah lebih banyak dan lain-lain. Bayangkan nikmatnya itu pun sudah mengukir senyuman di bibir kita, apatah lagi jika Allah angkat darjat di akhirat nanti.
Allahuakhbar, besar sungguh manfaat zikir ini bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat nanti. Semoga kita sama-sama cuba mengamalkannya agar beroleh ganjaran dan keberkatan daripadanya. Aamiin.
Kredit group telegram PetuaDankesihatan
No comments:
Post a Comment