Apa itu tathaiyur?

Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik. 

Apa itu tathaiyur?
Apa itu tathaiyur? Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Contoh-contoh Tathaiyur: 
– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur. (hakikatnya semua orang akan mati). 

Dan ni antara yang femes. 

– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
–Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
– Diberak burung kononnya ada rezeki.
– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit. 

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca. 

Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : 

"Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”. (H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair). 

Bahaya At-Tathayyur. 

“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi: 

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah SWT, serta bersandar kepada selain Allah SWT. Padahal Allah SWT adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya): "Allah tempat meminta segala sesuatu." [QS. Al-Ikhlas: Ayat 2].

Dan perintah Allah SWT: “Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123). 

2. Pelaku “At-Tathaiyyur”, sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung. 

Wallahualam. 

Kredit: Penulis asal.

No comments:

Powered by Blogger.