Tip pengambilan pil kalsium carbonate dan kalsium lactate untuk pesakit tiriod.

Perkongsian ini khusus untuk mereka yang kena ambil kalsium carbonate dan kalsium lactate. Macam cikla alhamdullilah selepas pembedahan pembuangan kedua-dua belah kelenjar tiroid, cikla tak perlu ambil kedua-dua pil ni mungkin sebab masih ada sisa kelenjar paratiroid yang tinggal.  

Kelenjar paratiroid terletak di belakang kelenjar tiroid.  Keje dia hasilkan hormon paratiroid yang berperanan penting mengatur kadar kalsium dalam darah. 

So,  kalau kelenjar ini mengalami gangguan, makanya kita akan berisiko mengalami berbagai masalah kesihatan, dan salah satunya adalah masalah tulang. 

Tapi, cikla kena jugalah topup kalsium dari sumber luar macam susu. Sekarang ni pun cikla hanya perlu ambil pil kalsium. Itupun kena amik lepas buat ujian tulang lepas bersalin Aaira tahun lepas. 

Tip pengambilan pil kalsium carbonate dan kalsium lactate untuk pesakit tiriod.l
Tip pengambilan pil kalsium carbonate dan kalsium lactate untuk pesakit tiriod. Gambar kredit Google. 

So, berbalik kepada cerita pasal kalsium carbonate ni,  dia ni mesti diambil bersama makanan. Lebih tepat lagi, dikunyah bersama makanan. Dah jadi macam ulam. Kalau yang tak suka kunyah, boleh saja nak telan. 

Tapi,  mesti ditelan sebaik saja selesai makan. Kalau dah berjam-jam lepas makan, baru nak telan, baik lupakan ajelah. Itu dah seperti telan kalsium carbonate dengan perut kosong. 

Akibatnya, perut akan rasa bergas berasid dan buatkan perut tak selesa. 

Kalau terlupa telan kalsium carbonate selepas makan, macam mana nak buat? Mudah je sebenarnya. Makan lagi sekali. Padan muka, kan dah gemuk. Hihi. 

Tip pengambilan pil kalsium carbonate dan kalsium lactate untuk pesakit tiriod.l
Tip pengambilan pil kalsium carbonate dan kalsium lactate untuk pesakit tiriod. Gambar kredit Google. 


Kalsium lactate pulak ditelan selepas makan. Maksudnya 15 minit ke 30 minit selepas makan. Macam mana kalau lupa nak telan kalsium lactate selepas makan? Caranya, makan lagi. 15 - 30 minit, baru boleh telan kalsium lactate. 

Untuk apa-apa jugak kalsium yang kita ambil, mesti ambil dengan air kosong saja. Jangan ambik dengan kafien, susu dan segala mak nenek air manis. Biar darah manis, jangan kencing manis. Hihi. 

Kalsium dengan susu, jarak 4 jam. Kalsium tak boleh ambik bersama dengan makanan berserat. Google je lah apa tu makanan berserat. Jangan kunyah carbonate dengan buah-buahan.

Jumlah dos kalsium yang kita kena ambil adalah bergantung kepada result darah untuk kalsium. Sebiji atau 50 biji sehari, adalah mengikut individual, bukan pepandai nak telan banyak mana.

Kalau badan dah cukup keperluan kalsium (buat ujian darah untuk kalsium), tak perlulah tambah-tambah dengan pil kalsium tambahan. Sakit sendi, sakit urat tak semestinya nak kena telan pil kalsium. 

Sumber kalsium seperti susu dan lain-lain yang semulajadi (sila google), pun kena awasi jugak. 

Tapi takdelah akan membuatkan tahap kalsium kita  meningkat dengan mendadak. Berbanding dengan pil kalsium tambahan, berlebihan pil kalsium tambahan, akan membentuk batu  kristal dalam buah pinggang. 

Minum air kosong yang mencukupi kalau korang ambil pil kalsium. Yang mana doktor ada bagi Vitamin D tu, jangan nak skip ye. Vitamin D membantu penyerapan pil kalsium tu. 

Korang yang dah cukup keperluan kalsium dalam badan tu, tak perlulah cari pil kalsium tambahan. Sayangi buah pinggang korang, macam mana korang sayangkan buah hati korang.  Haha. 

Moga bermanfaat.  

No comments:

Powered by Blogger.