Resepi spaghetti goreng simple.

By Cikla Shahril - February 04, 2019

Sebenarnya, ini pertama kali cikla masak resepi ni. Sebelum ni pernahlah tengok orang up dekat FB. Biasalah, kalau dah selalu tengok tu, maka teringinlah pulak nak mencuba kan. Lumrah manusia biasa. Haha. Nak tau gak, sedap ke tidak. Haaa, gitu. Kebetulan, balik umah mak so kalau masak apa-apa oklah kan sebab ramai tukang makannya kalau dekat sini. Semangat nak masak pun mai. Haha. Jom baca, cikla nak share cara nak masak spaghetti goreng cara cikla yang paling simple. Ajommm.

Bahan-bahannya :

1 peket spaghetti.
1 biji bawang besar (hiris). 
3 ulas bawang putih (hiris).
1 sudu besar cili giling. 
Sedikit ikan bilis (ditumbuk halus).
1 sudu besar sos cili. 
1 sudu besar kicap. 
2 pelepah sayur sawi. 
3 biji telur. 
Minyak untuk menumis, garam dan perasa (jika perlu).

Cara nak buat. 

Rebus spaghetti sampai empuk. Masukkan sedikit minyak untuk elakkan spaghetti melekat. Dah empuk, tos dan ketepikan. Dalam kuali yang sesuai, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dihiris dan ikan bilis sampai garing dan kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan tumis lagi sampai naik bau dan garing. Bila dah garing, masukkan sos cili dan kicap. Kalau rata. Sesudah itu, pecahkan telur dan kacau sekejap sebelum dimasukkan spaghetti. Gaul rata. Taburkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa. Last, masukkan sayur dan gaul rata sampai sayur layu. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Inilah hasilnya.

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Sekali pandang nampak macam mee goreng kan. Haha. Tapi, bagi cikla ni sedap lagi dari mee goreng sebab tak lembik sangat. Dia kenyal je. Kalau mee kan kalau lebih masak kan dia jadi lembik. Tak sedap. Cubalah kalau nak tau sedap ke tak. Buat sarapan, sesuai sangat ni. 

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. sedap mcm goreng mee jugak. cuba try makaroni lagi next time. hihi.

    ReplyDelete
  2. bila nak buat lagi ? hehe nak pi ketuk pintu rumah =D

    ReplyDelete
  3. teringat mak.
    selalu buat spageti goreng. mak aida lebih suka goreng spageti dari mee kuning.
    aida jarang buat spageti goreng sebab Ijat kurang suka.
    kalau mee kuning tu, yes. 2 pinggan pun Ijat makan licin.

    ReplyDelete
  4. Yang simple-simple lah yang sedapnya..

    ReplyDelete