Cikla percaya rata-rata orang suka pakai seluar jeans kan? Tapi rasanya jeans ni lebih akrab dengan kaum lelaki. Betul tak? Kalau nak cakap pasal brand memang macam-macam ada di pasaran. Antara yang top Levis, Wrangler, Lee, dan lain-lain. Harganya pun kalau yang ori memang boleh tahan gak mahalnya. Tapi kan, memang sayang kan kalau kita beli seluar jeans mahal-mahal tapi tak tahu macam mana nak jaga dengan betul supaya boleh dipakai lama. So, kat sini cikla nak share beberapa tips untuk kita menjaga kualiti seluar jeans kita.

Tip macam mana nak jaga jeans.
Tips macam mana nak jaga jeans. Sumber Google.

  1. Sebelum kita cuci seluar jeans, terbalikkannya. 
  2. Kalau kita cuci seluar jeans guna washing machine, seeloknya jangan campurkan dengan pakaian yang lain. ia dapat kekalkan warna dan ciri jeans tersebut. 
  3. Guna air pada suhu biasa atau suam bila mencuci seluar jeans. elakkan guna air yang terlalu sejuk atau terlalu panas sebab ia akan halang kotoran dari tertanggal dan susah nak dibersihkan. 
  4. Lagi elok guna cucian tangan dan sabun yang sesuai bila mencuci seluar jeans.
  5. Kalau seluar jeans kita terkena air laut, guna air mendidih dan wapkan pada bahagian yang terkena air masin untuk pastikan kotoran yang melekat tertanggal. 
  6. Lepas mencuci, gantung seluar jeans pada tempat yang teduh dan jangan dedahkan terus pada pancaran sinaran matahari terik. 
  7. Jangan guna bahan kimia masa mencuci seluar jeans, macam clorox. guna je sabun biasa supaya warna seluar jeans tak mudah luntur.

Cikla harap tips kat atas bergunalah ye. Bukan apa, sayang kat duit dan seluar tu sendiri sebab beli mahal-mahal tapi cepat rosak dan tak boleh pakai lama.

Sumber tips kredit to Majalah Wanita/Keterampilan.