Aku, Engkau dan Dia!

Hari ni 1 Rejab bermakna tak lama lagi Ramadhan akan kembali lagi. Syukur alhamdullilah, harap Allah akan memberi kita merasai kemanisan bulan Ramadhan sekali lagi. 

Sebenarnya cikla nak share something yang agak penting juga dalam kehidupan kita, iaitu kepentingan bersahabat dan mempunyai sahabat. 

Aku, Engkau dan Dia!

Cikla rasa memang ada betulnya kata-kata ni. Ia akan jadi amat sukar kalau seseorang itu susah nak percaya dan terima orang lain kerana dia lebih suka hidup sendiri. 

Kita tak boleh menganggap semua orang mempunyai kehidupan yang sama macam kita. Perbezaan kehidupan inilah yang dapat kita kongsi antara satu sama lain dan dijadikan panduan serta pengajaran hidup.

Jadi, setiap kekurangan diri dan sahabat kita tu haruslah kita terima dengan hati yang terbuka. Seterusnya, layanan. Kita mestilah melayan orang lain dengan baik jika mahu orang lain membuat perkara yang sama terhadap kita.

“Give and take" juga penting dan sentiasa minta maaf supaya pertelingkahan tak berpanjangan. 

Aku, Engkau dan Dia!

Kesimpulan, kita tak boleh hidup macam katak di bawah tempurung. Kita, dia dan semua orang disekeliling kita saling memerlukan. 

Tak ada manusia yang boleh hidup sendiri kerana tiba satu masa dia pasti memerlukan orang lain untuk memudahkan semua urusan hidupnya. Waallahualam.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews