Rai dan Hargai.

Cikla sekarang ni tengah bersantai-santai melayan kerenah dua puteri cikla yang aktif. Dah tu tetibe je rasa macam nak update something kat blog ni. Ermmm, rasanya bulan Mei nilah bulan yang paling banyak kita raikan anniversary atau hari yang boleh dikatakan penting gak la. 

Bermula dengan 1 Mei kita sambut HARI PEKERJA. Kemudian, 12 Mei pulak HARI IBU dan hari ni, 16 Mei HARI GURU.

Kita bukanlah nak mengagung-agungkan hari-hari tersebut, tapi ironinya hari-hari ini memang disambut setiap tahun. Bagi cikla, kalau hari ibu tu tak payah la nak tunggu 12 Mei every year, tapi kita boleh sambut hari-hari. 

Lagipun, pengorbanan ibu terlalu besar dan rasanya tak terbalas segala pengorbanan dan perit-jerih ibu terhadap kita. Sayang mak!

Rai dan Hargai.
Rai dan Hargai. Sumber Google.

Rai dan Hargai.
Rai dan Hargai. Sumber Google.

Guru pula, umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Segala jasa mereka wajar dihargai dan dikenang. Kalau tak ada mereka, maka tak ada lah doktor, peguam, jurutera even perdana menteri sekalipun. Merekalah yang bertanggungjawab membentuk semua orang-orang yang berjaya ini. Terima kasih cikgu! 

Kesimpulannya, kita hendaklah menjadi orang yang mengenang budi dan ingatlah semua jasa dan pengorbanan ibu serta guru dalam membesarkan dan mendidik kita. Bukan nak nafikan pengorbanan seorang ayah, tapi pengorbanan mereka lebih besar lebih-lebih lagi IBU! TERIMA KASIH SEMUANYA!

1 comment:

  1. This much informative article I didn't read Anywhere thanks for sharing such a good article.go right here

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews