Advertisement

Selesai Sudah!

SELESAI SUDAH! Rasanya dah lama cikla tak update belog cikla ni. Mana taknya, macam2 masalah. Tapi, alhamdulillah semuanya dapat di atasi. Syukur! Sebenarnya cikla nak kongsi sikit pendapat cikla mengenai PRU13 ni. Akhirnya masa yang ditunggu2 oleh semua rakyat Malaysia tiba jua. Masa untuk mengundi. Mengundi untuk memilih pemimpin yang berwibawa. Macam dalam lirik lagu jom kita mengundi tu. Fuhh.....selesai gak akhirnya.

Selesai Sudah!

Cikla pun tak melepaskan peluang mengundi. Ini kali kedua cikla mengundi. Excited sangat. Semuanya berakhir pada petang 5 Mei 2013 dan keputusannya baru je kita tahu tadi. Emm.... memang dijangkakan pun... Walau apapun, diharap kepercayaan rakyat kepada pemimpin dapat dihargai dan dijaga oleh orang2 yang telah terpilih. Jangan sia2 kan kepercayaan yang diberi. Buktikan kemampuan dan kewibawaan anda memikul tanggungjawab yang berat ini.

Kepada rakyat Malaysia, ikhlaskan hati terhadap keputusan yang telah dibuat. Sama2 lah kita berdoa supaya Malaysia yang tercinta ini kekal aman damai dan lebih maju lagi. Amin! Saya pilih Malaysia!! Waallahualam...

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous08 May, 2013

    Terima dgn hati terbuka. Pasti ada hikmah disebalik apa yg tjadi..

    ReplyDelete