Selesai Sudah!

Rasanya dah lama cikla tak update belog cikla ni. Mana taknya, macam-macam masalah. Tapi, alhamdulillah semuanya dapat di atasi. Syukur! Sebenarnya cikla nak kongsi sikit pendapat cikla mengenai PRU13 ni. 

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia tiba jua. Masa untuk mengundi. Mengundi untuk memilih pemimpin yang berwibawa. Macam dalam lirik lagu jom kita mengundi tu. Fuhh, selesai gak akhirnya.

Cikla pun tak melepaskan peluang mengundi. Ini kali kedua cikla mengundi. Excited sangat. Semuanya berakhir pada petang 5 Mei 2013 dan keputusannya baru je kita tahu tadi. Emm, memang dijangkakan pun. 

Walau apapun, diharap kepercayaan rakyat kepada pemimpin dapat dihargai dan dijaga oleh orang-orang yang telah terpilih. Jangan sia-siakan kepercayaan yang diberi. Buktikan kemampuan dan kewibawaan anda memikul tanggungjawab yang berat ini.

Kepada rakyat Malaysia, ikhlaskan hati terhadap keputusan yang telah dibuat. Sama-samalah kita berdoa supaya Malaysia yang tercinta ini kekal aman damai dan lebih maju lagi. Aamiin! Saya pilih Malaysia! Waallahualam.

1 comment:

  1. Anonymous08 May, 2013

    Terima dgn hati terbuka. Pasti ada hikmah disebalik apa yg tjadi..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews