D.O.A

Doa, satu manifestasi yang mewakili syukur dan harapan. Dalam Islam, amalan berdoa amatlah dituntut kerana ia memanjatkan kesyukuran dan pengharapan, menghilangkan kesedihan dan melahirkan sifat kehambaan kepada Illahi. 

Nabi SAW bersabda, "Tidak ada sesuatu yang paling mulia dalam pandangan Allah selain daripada berdoa kepadaNya, selain kita dalam keadaan lapang." (Riwayat al-Hakim).

Sesungguhnya, Allah amat suka pada hambaNya yang selalu "meminta" padaNya. Orang yang tidak suka berdoa dianggap bongkak dan sombong kepada Allah. Mintalah apa saja dengan Allah kerana sesungguhnya Allah tak akan pernah mengecewakan hambaNya. 

Nabi SAW juga telah bersabda,"Siapa sahaja yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah murka kepadanya". (Riwayat at-Tirmidzi).

Berdoa dengan menepati adabnya lebih mustajab. Antara waktu-waktu terbaik untuk berdoa adalah Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, waktu sepertiga malam yang akhir daripada malam dan waktu bersahur. 

Selain itu, berdoa juga adalah sangat baik ketika sujud dalam solat, berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan, sebelum dan sesudah mengerjakan solat, semasa jiwa dalam keadaan tenang dan bersih dari gangguan syaitan serta ketika menghadap Kaabah. 

Menurut Imam al-Ghazali, semasa berdoa hendaklah merendahkan suara dengan lafaz dan gaya yang sederhana, tertib serta tepat terhadap perkara yang dihajati. Sebaik-baik lafaz doa adalah sebagaimana pernah dilafazkan Nabi SAW.

Tambahan pula, semasa berdoa haruslah khusyuk dan yakin. Ini akan membuatkan orang yang berdoa merasai kebesaran dan kekuasaan Allah di dalam hati kerana doa dalam keadaan lalai adalah sia-sia. Sentiasa berprasangka baik terhadap Allah dan yakin Allah akan menerima segala permintaan yang dipanjatkan kepadaNya.

D.O.A
D.O.A. Sumber Google.

Justeru itu, bersungguhlah semasa berdoa. Ulangilah doa itu berulang-kali, khususnya bagi urusan yang sangat dihajati. Jangan lupa menyebut dan memuji kebesaran Allah pada permulaan doa, serta bertaubat sebelum berdoa supaya tenang menghadap Allah kelak. 

Kesimpulannya, berdoalah kerana Allah tak pernah jemu mendengar permintaan dan keluhan hambaNya. Jika doanya belum termakbul, jangan mudah putus asa, teruskan berdoa. 

Waallahualam.

Sumber: Addin-Metro Ahad 2013.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews