Sudah lama cikla tak wrote something kat belog ni. Al-maklumlah, busy ler katakan, hahaha. Hari ni cikla dan share sikit mengenai keMACHOan lelaki yang beruniform.
Pertama sekali, cikla rasa rupa paras tu dinilai dari segi penampilan. Tak kiralah rupanya hensem ke, kurang hensem ke, ala ala sederhana gitu, tapi kalau penampilannya tiptop, terserlahlah keMACHOan dan kesegakan jejaka tersebut. Selebihnya, ia akan dinilai dari segi cara berpakaian, karakter dan lain-lain.
Ada orang cakap, MACHO tu adalah sangat subjektif. Macam orang menilai kecantikan juga. Ia terpulang pada orang yang menilai dan juga pada peribadi seseorang yang dinilai. Selain itu, seseorang yang beruniform sudah pasti menitikberat soal kekemasan diri dan pakaian.
Uniform juga melambangkan keseragaman. Ia melahirkan semangat jiwa yang kental selain nampak segak.
Di samping itu, disiplin yang diterapkan akan mencerminkan keperibadian anggota tersebut. Jadi, ketika di waktu luar bertugas dan berpakaian biasa sekalipun, mereka akan memastikan pakaian yang dipakai kemas dan terjaga. Ini memancarkan imej diri yang bersih.
Lelaki beruniform.... MACHO ke? Sumber Google. |
Selain dari itu, berpakaian uniform, bukan sahaja nampak macho, tetapi ia sebenarnya mempamerkan keadaan diri yang rapi, lebih berprotokol, berdisiplin dan imej yang tiptop.
Sesetengahnya berpendapat, macho itu adalah seorang yang gentlemen, mempunyai jati diri ketimuran, hormat antara satu sama lain, matang dan bijak. Ini akan menyerlahkan lagi keMACHOan seseorang itu.
Lelaki beruniform.... MACHO ke? Sumber Google. |
Kesimpulannya, cikla rasa beruniform atau tak bukan soalnya.
Apa yang penting, seseorang itu tahu menjaga ketrampilan diri dan imej yang baik serta kemas. Jangan mencari alasan untuk tidak kelihatan kemas, segak dan macho hanya kerana anda bukan anggota beruniform.
selalu rasa lelaki yang badan beruniform nih lagi seksi, hehe.. dari segi ketegasan dan keseriusan, nampak smart dan kemas... huhu
ReplyDeletewww.neezalife.com