Dahi oh dahi, jangan tak sangka yang bentuk dahi berkaitan dengan personaliti lelaki. Haha, kali ini cikla nak share more about man hanya untuk pengetahuan semua wanita dekat luar sana mengenai lelaki idaman mereka.
Sebelum tu, cikla nak habaq yang ini hanya ramalan dan ia tak semestinya betul. Ia sekadar membantu anda semua membuat pilihan. Jeng jeng jeng. Jom ketahui Rahsia DAHI lelaki.
Pertama, dahi lebar atau dahi jenis XL.
Huhu, dah macam baju lak, ada saiz bagai. Oklah, lelaki dahi macam ni adalah jenis lelaki yang tak suka busybody, iaitu tak suka campur atau sibuk hal orang lain. Mereka juga seorang yang berjimat cermat.
Tapi, ada kelemahan pula lelaki jenis ni, iaitu berat mulut untuk memulakan perbualan. Jenis pendiamlah ni. Sikap begini kadang-kadang sering disalah anggap sebab orang ingat dia sombong.
Lelaki sebegini adalah jenis pemurah tak kira dari segi tenaga, duit dan apa saja. Akan tetapi, kelemahan mereka ini adalah mudah cair dengan pujuk rayu wanita dan sering jadi mangsa atas kebaikan yang mereka buat. *Emm, orang senang nak ambil kesempatanlah ni ye.
Ketiga, dahi berbentuk hati atau seakan-akan huruf M.
Biasanya mereka ini seorang yang murah rezeki, kreatif sebab suka berfikir dan berimaginasi. Akan tetapi, kelemahan mereka adalah tak pandau simpan rahsia. Kira macam mulut tempayanlah ni. *Emm, lagi bahaya lelaki camni.
Keempat, dahi jendol iaitu kelihatan sedikit menonjol dengan permukaan yang luas.
Mereka sebegini biasanya adalah bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas dan bijak. Tapi, kelemahan mereka ini pula adalah kurang keyakinan diri dan jika bercinta, dia leka dengan dunia cintanya, seolah-olah dunia ini hanya dia yang punya.
Lelaki sebegini dianggap seorang yang tekun, rajin dan mudah memberi tumpuan terhadap sesuatu hal. Akan tetapi, mereka ini suka memilih bulu dan tak pandai bergaul.
Mereka ini seorang yang sangat berdikari, tak mudah putus asa dan cerdik. Menariknya, lelaki ini tak mempunyai banyak kelemahan tapi susah nak cari pasangan hidup.
Menarik kan? Selepas ini berjaga-jagalah wahai wanita jika anda mahu mencari teman.
Kesimpulannya, terimalah pasangan kita seadnya kerana setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Sempurna.
Sumber Majalah Wanita Mei 2013.
waahh, pestime tahu info macam ni.. hehehe..
ReplyDeletenice.. :D
haha.... menarik tips ni.....
ReplyDeleteApa maksud "bulu".. Yang kelima tu?
ReplyDeleteBanyak yg tidak benar
ReplyDelete