Kisah sedih yang korang mesti baca. Confirm terkesan di hati!

By Cikla Shahril - February 18, 2018

Jom baca satu kisah yang cikla confirm mesti terkesan di hati korang. Kalau korang tak rasa apa-apa lepas membacanya, ermmm something wrong somewhere.

Sepasang suami isteri yang kaya raya masuk ke dalam rumah dan mereka melihat ruang makan yang kotor dan tercium bau 'busuk'. Sementara di sudut meja makan terlihat sosok tubuh seorang ibu tua sedang berusaha keras untuk menyapu.

Si isteri dengan bersuara keras membentak ibu tua itu.

"Ini pasti kerja mak, kan? Mak selerakkan lantai kan? Tengok tu, meja kotor, makanan  bersepah di mana-mana, lantai juga. Aduuuuuh (marah dan geram). Mak, mak! Ini rumah bukan gudang, mak!

Suami, "Sudahlah Sal. Jangan bentak mak seperti itu, kasihan. Makkan sudah tua."

Isteri," Tidak boleh  berterusan begini. Kalau tiba-tiba ada tetamu yang datang apa  jadi? Malu kita. Esok kita bawa emak ke rumah orang-orang tua. Saya akan bawa!"

Suami, "Jangan Sal! Itu kan emakmu. Takkanlah di bawa ke rumah orang-orang tua?"

Setelah ibu tua itu dibawa ke rumah orang-orang tua si isteri terus mengemaskan bilik emaknya. Di bawah katil ditemuinya sebuah buku lusuh dengan kertas yang agak kuning kusam. Dia tertarik kerana ada gambar dirinya sejak kecil dan remaja, di muka  hadapan tertera tajuk buku. "PUTERIKU  buah HATIKU."

Si isteri, terduduk lesu setelah membaca tulisan emaknya itu. Di awali dengan hari dan tarikh lahirnya.

"Aku melahirkan puteriku. Biar terasa sakit dan mandi darah, aku bangga dapat melahirkan anakku ini"

"Ya, aku bangga berupaya berjuang tanpa suami yang telah pergi mendahuluiku menemui sang Pencipta."

"Aku rawat dia dengan cinta. Aku besarkan dia  dengan sepenuh kasih. Aku sekolahkan dia dengan airmata. Aku besarkan dia dengan titisan peluh."

"Ku ingat, ketika ku bawa dia ke klinik untuk suntikan imunisasi. Di dalam  bas, dia menangis lalu ku buka butang bajuku dan ku susui dia. Aku tidak  merasa malu. Bahkan tiba-tiba dia kencing sehingga basah pakaianku tetapi biarlah."

"Tiba- tiba dia batuk kecil, muntah. Hari itu terasa indah bagiku. Biarpun aku dibasahi kencing dan muntahnya. Namun, aku tetap tersenyum. Bangga sekali. Kejadian itu berulang-ulang beberapa kali. Aku tidak peduli apa kata orang di dalam bas. Asalkan puteriku dapat membesar sihat. Itu yang utama bagiku."

Sambil membaca, airmata si isteri mulai menitis jatuh berderai. Hati terasa pedih, dada menjadi sesak. Tiba-tiba dia berteriak keras, meraung semahu-mahunya. "Makkk, makkk."! Sambil berdiri setengah berlari ke garaj.

Suaminya terkejut melihat perangai isterinya dan bertanya, "Kenapa Sal, ada apa?" Teresak-esak dia menjawab, "Aku mesti bawa pulang emakku."

Tiba-tiba telefon berdering dan dijawab suaminya, lalu "Mohon tuan dan isteri segera datang ke rumah orang-orang tua  sekarang, cepat!"

Mereka tergesa-gesa ke sana. Ketika masuk, nampak tubuh ibu tua yang sudah lemah, sedang diperiksa doktor. Si isteri berteriak histeria sambil menangis berderai air mata. Makkk!"

Maknya lemah tanpa bersuara dan berusaha memeluk kepala anaknya seraya berbisik perlahan sambil bercucuran air matanya.

"Anakku, mak bangga mempunyaimu. Seluruh cinta kasih hanya buat dirimu nak. Maafkan mak. Maaakkk, saaayyyaaaang padamu. (sambil memejamkan mata)"

Si ibu pun menghembuskan nafas terakhir, meninggal dengan tenang. Anaknya meraung-raung  keras sekali, menangis dan menyesal.

"Makkk, makkk. Ampunkan Sal. Sal derhaka pada mak. Ampun, ampunkan Sal makkk. Makkk. Jangan tinggalkan Sal makk. Anak macam apa aku ini, anak macam apa. Ampunkan Sal, makkkk. "

Masihkah ada ibu dan ayah disisimu? Kalau orang tua masih ada, santunilah mereka dengan sepenuh hati. So, nilai apakah yang tersirat daripada kisah ini?  Ingatlah.

Kegeraman menghantar kita memeluk dosa. Tindakan bodoh, membuat kita merangkul derhaka. Sikap ego, mendorong kita memeluk nista. 

Sesal yang terlambat, menarik kita bergelumang keperitan dan dosa. Berpikirlah positif, bertindak dengan bijak, berkatalah yang baik, berikan kasih sayang dengan sepenuh  jiwa dan hiduplah penuh dengan KASIH dan SAYANG.

Semoga hati kita menjadi lembut dalam memberikan bakti kepada orang tua. Apa yang harus kita ubah adalah tingkah laku kita, terhadap orang tua. 

Terimalah dia seadanya, kerana dialah satu-satunya yang dapat memberikan kehidupan kita di dunia ini dan TIDAK AKAN ADA PENGGANTI SETELAH MEREKA PERGI UNTUK  SELAMA-LAMANYA.

Semoga bermanfaat.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Ada baca kisah ni kat group wsp.
    Jadi teladan buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. Hargailah sementara masih ada. Sedih sangat kisah ni cikla. Speechless... Semoga kita dijauhi daripada sikap seperti tu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, anda adalah pemenang Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger
    emailkan maklumat dibawah kepada pokcik :

    1. Nama Penuh
    2. Alamat Tetap
    3. No. Telefon
    4. URL penyertaan GA

    emailkan kepada damalkamis@gmail.com

    ReplyDelete
  4. betul, berbaktilah pada orang tua kita sehabis mampu sebab pengorbanan diorang tak ternilai

    ReplyDelete
  5. hmmmm... what so say :(
    sob sob sob :(

    ReplyDelete