07/07/2023

Ikan tenggiri stim lada hitam yang menyihatkan.

Siapa penggemar ikan tenggiri? Cikla suka jugaklah ikan ni sebab ikan ni salah satu ikan yang tak bertulang banyak dan tak bersisik. Jom cikla nak share dengan korang resepi ikan tenggiri yang menyihatkan gitu. 

Ikan tenggiri stim lada hitam yang menyihatkan.
Ikan tenggiri stim lada hitam yang menyihatkan. 

Bahan-bahan :

4-3 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

Cara masak:

Isi ikan dibersihkan. Kemudian, mayang/hiris bawang merah, bawang putih dan halia lepas tu taburkan bahan yang dihiris dalam pinggan atau bekas yang sesuai. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia kat atas isi ikan. 

Masukkan semua bahan lain termasuklah minyak bijan, sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Kukus ikan selama 10 hingga15 minit atau sampai ikan masak. 

Korang tak payah tambah air sebab nanti time kukus isi ikan tu akan mengeluarkan jus dia. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar kepada owner. 

Happy birthday Nur Aaira Delisha.

Happy birthday anak bongsu ibu, Nur Aaira Delisha yang ke-3. Kejap je masa berlalu. 

Happy birthday Nur Aaira Delisha.
Happy birthday Nur Aaira Delisha.

Happy birthday Nur Aaira Delisha.
Happy birthday Nur Aaira Delisha.

Mengandung Aaira banyak kenangan dengan keadaan diri yang hypothyroid, pastu first time mengandung kena gdm memang kena berulang alik ke klinik je jawabnya. Alhamdullilah, semuanya dilalui dengan tenang. 

Moga Aaira membesar menjadi anak solehah. Aamiin yra. 

05/07/2023

Obsesi Dia : Drama cinta, konflik dan psikologi terbaru di slot Samarinda.

Malam Zulaikha dah pun habis semalam. So, malam ni ganti citer dan kisah yang lain pulak. Dah pun ditayangkan episod pertama pukul 10.00 malam tadi. Obsesi Dia. Baca tajuk macam best je kan. Hurmm, kalau bab obses-obses ni mesti melibatkan psiko. Betul tak? 

Cikla pun sejak sejak ni minat pulak citer citer bergenre camni. Thiller, psiko, misteri. Citer cintan cintun, jiwang-jiwang bukan tak suka, tapi dah kurang gemar. Faktor usia barangkali.  Hihi. Berbalik kepada drama Obsesi Dia, ia jugak adalah adaptasi dari novel The Witness karya Suhailah Selamat. 

Bila tengok barisan pelakon drama Obsesi Dia ni pun tak kurang hebatnya kan. Ada jugaklah beberapa pelakon yang cikla macam first time baru nampak. Okeylah, cikla nak share sikit al-kisahnya pasal drama ni jom baca. 

Obsesi Dia : Drama cinta, konflik dan psikologi terbaru  di slot Samarinda.
Kredit gambar MyInfotaip


Obsesi Dia drama bersiri 15 episod ini, mengisahkan tentang seorang gadis polos yang bernama Affiyah lakonan  Sophia Al Barakbah yang menyambut ulangtahun kelahirannya ke-18. 

Ulangtahun kelahirannya itu sepatutnya menjadi momen terindah dalam hidup Affiyah namun nertukar menjadi tragedi menakutkan bila dia secara tak sengaja menjadi saksi kejadian bunuh. 

Akibatnya, pembunuh berjaket hud itu menyedari kehadiran Affiyah lalu mengejar untuk membunuhnya. 

Affiyah bertekad untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai pembunuhan itu namun ibunya, lakonan Anne Abdullah memaksa Affiyah memberitahu hal sebenar sebab tengok Affiyah macam gelisah dan ketakutan. 

Lastnya, Affiyah pun bagitau ibunya mengenai perisitwa itu dah ibunya berhasrat untuk membuat  repot polis. Hasrat ibunya tu tak kesampaian bila ibunya turut menjadi mangsa pembunuh tu. 

Sejak kejadian tu, Affiyah jadi trauma dan ketakutan lebih lebih lagi sorang sorang orang yang dia sayang hilang menjadi mangsa kegilaan pembunuh psiko tu. 

Apa agaknya kesudahan kisah ni kan? 

Cikla dapat agak setiap episod pasti ada scene yang mencemaskan. Kita yang menontonnya nanti mesti tak sabar nak tahu apakah yang akan jadi seterusnya. So, kalau nak tau dapat ke si pembunuh tu melunaskan dendamnya pada Affiyah dan yang paling penting sapalah agaknya pembunuh kejam tu, kenalah tengok kan. 

Drama ni ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3. 

Obsesi Dia : Drama cinta, konflik dan psikologi terbaru  di slot Samarinda.
Sophia Al Barakbah sebagai teraju utama drama Obsesi Dia. Kredit gambar Utusan Malaysia.


Senarai pelakon :

Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah / Alliyah.
Zaki Azeman sebagai Zacky.
Zahiril Adzim sebagai Rafeeq Mikhael.
Ashraf Muslim sebagai Rizq.
Fify Azmi sebagai Adelia Sofei.
Alif Hadi sebagai Adam.
Razman Mahayuddin sebagai Amir.
Anies Hann sebagai Nura.
Kak Girl sebagai Susan.
Anne Abdullah sebagai Puan Leia.
Natasya Mahyan sebagai Dr Flora.
Jay Iswazir sebagai Dr Zahin. 

Pengarah : Eoon Shuhaini.
Lagu OST : Di hujung mimpi (Black Hanifah).

Selamat menonton. 

Kredit info SINI dan SINI

Mi bandung kuah pekat. Sedap pedas menyegat.

Mi bandung. 

Siapa sini peminat mi bandung? Cikla bukanlah peminat tegar, tapi kalau pergi makan kat kedai mi bandung adalah pilihan cikla yang pertama kalau takde menu lain yang sedap di tekak. 

Kat dalam gambar ni mi bandung yang cikla beli di kedai makan berhampiran rumah cikla. Selalu gak beli mi bandung kat kedai ni, sebab kena dengan selera daku. 

Mi bandung kuah pekat. Sedap pedas menyegat.
Mi bandung kuah pekat. Sedap pedas menyegat.

Kuah dia pekat pastu cukup semua rasa masin manis lemak. Kuah mi bandung ni guna udang kering, so memang aroma dia menyegat walaupun masih berada di dalam bungkusan. Ahh gitu. Hihi. 

Mi bandung kuah pekat. Sedap pedas menyegat.
Mi bandung kuah pekat. Sedap pedas menyegat.

Kalau bercerita pasal 'sejarah' mi bandung ni, asalnya dari Muar, Johor. Tu sebab mi bandung muar ni popular kan. 

Mi ni dulu-dulu adalah 'gabungan' mi kuning dengan telur pastu tambah pukak kuah pekat yang dibuat daripada campuran cili, bawang tumisan dan rempah ratus, belacan termasuklah udang kering. Then, ia telah ditambah baik dengan di add on bahan lain macam daging, kek ikan dan udang. 

Jujur cikla tak reti masak mi bandung ni. Makan taulaah. Haha. 

Alahhh, apa susah. Sekarang ni dah ada pes kan, lagi senang. Campak je semua dalam kuali. Tapi kan, kalau kat kedai pun, ada jugak kedai yang masak mi bandung ni macam 'kurang'. 

Cikla kalau masakan berasaskan kuah ni, kalau kuahnya sedap, haa memang sedaplah tu. Sebab kadang kadang ada jumpa kedai yang kuahnya cair. Tu yang mengurangkan rasa kesedapan mi tu sendiri. Namun ada gak kedai yang kuah mi bandung dia pekat melekat. 

Contohnya kedai ni la. Memang cikla dah repeat banyak kali dah. Udang dia pun agak besor jugak la. 

Mi bandung kuah pekat. Sedap pedas menyegat.
Mi bandung kuah pekat. Sedap pedas menyegat.

Puas hati. Cikla bagi 5 bintang-bintang di langit. Hihi. 

Kredit info SINI

04/07/2023

Nak tau cara berdoa yang baik? Baca ni.

Pengertian doa dari segi syara’, adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran.

Antara firman Allah:

Maksudnya, “Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Ghafir: ayat 60).

Antara kelebihan doa adalah pertama, ia merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya. Kedua, doa adalah satu bentuk ibadah kepada Allah. Ketiga, doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah. Dan keempat, doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.

Nak tau cara berdoa yang baik? Baca ni.

Menurut Syeikh Muhammad bin Alwi Al-Maliki dari kitab Abwabul Faroj, cara berdoa yang baik adalah seperti berikut; 

  • Berdoa pada waktu-waktu yang utama seperti berdoa pada  hari Arafah, hari Jumaat, hari-hari di bulan Ramadhan, serta waktu sepertiga malam terakhir selepas solat malam dan lain-lain, adalah waktu yang mendapat keutamaan, sebagaimana banyak disebut dalilnya dalam hadis-hadis Nabi SAW.
  • Berdoa di keadaan-keadaan yang diutamakan seperti ketika turun hujan, sebelum dan setelah solat fardu di masjid, masa iqamat, di antara dua khutbah Jumaat atau ketika sujud.
  • Berdoa mengadap kiblat, mengangkat ke dua tapak tangan, kemudian menyapu muka setelah berdoa. Dalam hadis disebutkan riwayat Abdullah bin Abbas, bahawa ketika berdoa Nabi saw mendongak ke langit, lalu mengangkat ke dua tapak tangan sampai lipatan ketiak baginda terangkat.
  • Sederhanakan suara tidak terlampau keras atau hanya dalam hati. Membaca doa dengan lisan ini menambah kemuliaan dan kebaikan lisan kita.
  • Tidak hanya menumpukan pada keindahan bahasa dan sajak dalam berdoa. Berdoa dengan doa yang mudah dan lumrah diamalkan baik daripada terlalu bingung denga keindahan bahasa doa tetapi mengabaikan isinya. Dianjurkan menggunakan doa-doa yang lebih mudah dihafal.
  • Merendahkan hati, bersikap tenang, disertai dengan rasa mengagungkan Allah disertai pengharapan kepadaNya.
  • Hendaknya doa diamalkan sebagai kebiasaan, dan meyakini akan diperkenan oleh Allah.
  • Bersikap dengan sungguh-sungguh dalam meminta, jika perlu mengulangnya tiga kali.
  • Memulakan doa dengan menyebut nama Allah, baik dengan zikir dilanjutkan syukur kepada Allah, kemudian berselawat ke atas Nabi SAW.
  • Selalu bertaubat, menjauhi kezaliman dan haram, serta menerima kehadiran Allah dengan bersih hati. Hal ini adalah kunci bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah dan menjadi hal yang utama dalam makbulnya sebuah doa.

Moga bermanfaat. 

Kredit : Syeikh Muhammad bin Alwi Al-Maliki dari kitab Abwabul Faroj. Kredit info SINI