30/10/2020

Terjemah kasih sayang buat mak abah dengan cara lain? Macam mana?

Lamanya tak jumpa mak abah. Maklumlah, musim musim covid19, pakej dengan PKPB sekarang ni memang tak dapat nak balik kampung. Bukan apa, risau dengan kesihatan dorang. Warga emas ni berisiko tau. 

Tapi, zaman dah moden canggih kan. Apa gaduh, telefon memasing boleh buat video kol. Dapat tengok wajah kunci syurga ni pun dah hepi sangat. Jadilah kan, boleh gak bertanya kabar dorang.

Terjemah kasih sayang buat mak abah dengan cara lain? Macam mana?
Terjemah kasih sayang buat mak abah dengan cara lain? Macam mana?

Kadang mak pak ni, kalau dorang sakit susah nak mengadu dekat anak-anak. Biasalah bila dah berumur ni, mulalah sakit sana sini. Dorang pun bukan muda lagi boleh ligat buat kerja itu ini macam dulu. Kan? Nanti mula laa, lenguh kaki, sengal leher la, sakit badan. Kadang-kadang tu plak, kerap pening kepala.

Apa kata,  korang hadiahkan dorang minyak urut moden MMG ni haa. Buat suprise gitu. Tengok terharu ke tak terharu dorang. Dorang bukan nak kan sangat duit ringgit korang tu, tapi perhatian dan ingatan korang tu yang dorang selalu dambakan. 

#staysafe

Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni!

Dalam rumahtangga, kita mesti mengharapkan rezeki yang diperolehi itu berkat dan tentunya tak putus-putus. Tak mustahil tau tu semua, asalkan kita berusaha dan jangan lupa berdoa. Usaha jek, tanpa doa pun tak guna jugak kan. 

Namun, ada beberapa hal yang suami dan isteri kena ambil tau dan kalau tak pernah buat pun sebelum ni. So, apa kata kita ubah sikit sikit, inshaAllah lama la jadi malan kita. 

Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni!
Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni! Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Tip untuk SUAMI supaya rezeki masuk tanpa henti. 

1. Suami, cubalah Blbangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.

2. Suami, kalau kejutkan isteri tu, kejutlah dengan penuh kasih sayang. Contohnya, untuk solat tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Ehemm. Percikkan air di wajahnya yang jelita kalau isteri terasa berat nak bangun.

3. Kalau boleh, si suami solat Taubat setiap hari. Bukan pe, khuatir dan risau, kot kot ada perbuatan korang yang tak "lawa" tu menjadi contoh yang "baik" buat isteri dan anak-anak selama ini.

4. Lagi satu, solatlah berjemaah Subuh di surau, sebab ia adalah "rahsia" menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.

5. Lagi satu, solat berjemaah jugak dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Suami kenalah jadi imam yang baik di dunia supaya korang mampu menjadi imam yang baik ke Syurga. InshaAllah.

6. Encik suami, kalau pergi kerja tu pergilah dengan senyuman, hatta kalau balik kerja pun, baliklah dengan senyuman dan kasih sayang. Itulah antara rezeki yang paling mahal tau, iaitu keharmonian rumahtangga. Mereka yang berbisnes pun sama.

7. Solat Hajat setiap kali lepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!

Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni!
Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni! Gambar kredit Google. 

Tip untuk ISTERI supaya rezeki masuk tanpa henti. 

1. Isteri, pandang wajah suami korang tu dengan senyuman. Contohnya, masa suami balik kerja, makan, lepas mandi, lepas solat, lepas bangun tidur. Pendek kata, semualah. Bukan apa, kunci rezeki suami pada ibunya, kunci rezeki isteri pada suami yang baik. InshaAllah. 

2. Bila nak berbelanja pulak, minta izin atau pandangan suami dulu baru beli. Ye, betul. Memanglah itu duit kita, tapi redha Allah itu ada pada suami yang baik.

3. Bila suami bagi pandangan, diam dulu baru bagi respon. Sebaiknya, elakkan bercakap tanpa berfikir panjang. Lumrahnya, isteri ni kan adalah makhluk emosi. Korang bercakap dengan suami bukan untuk menang, tapi untuk memahami dan difahami. Gitu. 

4. Maafkanlah suami bila dia melakukan kesilapan. Sebaiknya, janganlah panjang-panjangkan konflik. Lagi cepat kita berdamai dengan diri sendiri, lagi cepat rezeki masuk dalam famili.

5. Bila suami buat baik selepas berlakunya konflik, jangan ungkit-ungkit lagi kesilapannya. Itu cara suami minta maaf. Isteri pun kadang kadang gitu gak. Cubalah berlapang dada dengan segera sebab ia akan membahagiakan suami dan diri kita sendiri. InshaAllah.

6. Doakan suami dan keluarga sungguh-sungguh terutama lepas solat. Seuruk-buruk macamana pun suami kita, tentu ada kebaikan yang dia beri dalam hidup kita dan keluarga.

7. Last, ada orang kata kalau isteri nak disayangi, suami pulak ingin dihormati. So, bila suami dan isteri saling memahami dan mengasihi, baru melimpah ruah rezeki. 

Moga keluarga kita sentiasa limpahi rezeki dan rahmat dari Yang Maha Esa. Aamin. 

Kredit : Facebook page Nota Pusaka dan Kewangan Islam. SINI 

Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca!

Kalau ikutkan, pantang orang tua banyak je bila cerita pasal lepas bersalin ni. Namun, rasa-rasa semua orang ikut betul betul ke pantang ni semua? 

Bagi cikla, ikut masing-masinglah. Badan sendiri, sendiri yang bela kan. Adil gitu. Hihi. So, pada yang rajin ikut dan buat petua dalam pantang ni, meh baca apa yang cikla nak share. 

Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca!
Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca! Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Segarkan badan.

Masa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, lepas tu rebus dengan  sedikit halba, bunga cengkih dan garam. The, mandi dengan menggunakan air rebusan tu setiap pagi sampai hari ke-40 lepas bersalin. Wow, lama kan?

Naikkan seri wajah.

Bersihkan beberapa ranting daun inai, lepas tu  rebus dengan menggunakan api sederhana sampai mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

Kecutkan rahim.

Ambil segenggam daun pegaga dan rebus sekali dengan akarnya. Lepas tu, masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Then, minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

Rawatan dalaman.

Tumbuk kunyit hidup dan daun inai sampai lumat. Lepas tu, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Amalkan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka korang akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri. Wow!

Tambah susu badan.

Untuk mengatasi masalah kurang susu badan, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya, lepas tu direbus. Then, makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

Sembuhkan luka bersalin.

Luka akibat bersalin, tak kiralah korang bersalin secara normal atau pembedahan (ceaser) boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Dapat yabg fresh lagi bagus. Atau, korang boleh amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli. 

Selamat berpantang kepada sahabat cikla yang sedang berpantang ya! Selamat berpetua jugak. 

Kredit : Page Tips Kekal Menawan.