03/08/2023

Apa kaitan hubungan suami isteri dengan rawatan radioiodin, RAI?

Sebenarnya, persoalan sebegini tentang rawatan Radioiodin atau RAI yang belum pernah ditanya. Dalam begitu ramai rakan facebook Tiroid dan Anda Ori atau TDA, hanya dua org saja yang yakin untuk bertanya tentang hal ini.

Sebagai salah seorang admin grup TDA, bagi cikla memang soalan diluar kotak sungguh.  Bukan apa, sepanjang 3 kali dah buat RAI memang tak pernah terfikir langsung pasal ni. Apa yang cikla tau, doktor kata tak boleh mengandung dalam tempoh 6 bulan lepas buat RAI. Takde la pulak doktor kata tak boleh berhubungan suami isteri.

Bagi sahabat cikla yang senasib dengan cikla atau pernah membuat rawatan RAI dan dah berkahwin, tak kira hyper ke kanser, jom baca info menarik dan cikla kira ilmu berguna gak ni. 

Ada 3 persoalan;

1- Berapa lama selepas RAI hubungan suami isteri boleh dimulakan?

Kuarantin RAI selama 8 hari. Hanya dalam tempoh 8 hari itu sahaja yang tidak boleh ada body contact. Selepas 8 hari, radiasi dalam badan dah lemah. Hubungan suami isteri boleh dimulakan bila-bila masa selepas habis kuarantin. Akan tetapi, mesti diingat, boleh 'buat' tapi jangan sampai termengandung anak radiasi. 

2- Betul ke tak boleh ada hubungan suami isteri selagi masih kena ambil RAI?

Isteri yang ambil RAI dan tak mahu ada hubungan kelamin sebab takut termengandung. Masalah timbul apabila RAI kanser kena ambik setiap 6 bulan. Tak kan selama 6 bulan dan lagi 6 bulan dan 6 bulan lagi dan lagi. Tak ada berlaku hubungan kelamin? 

Jika takut termengandung, silalah  guna kaedah perancang keluarga yang paling efektif. Apa yang diberitahu oleh doktor ialah tak boleh mengandung selagi kena ambil RAI. Bukannya tak boleh melakukan hubungan suami isteri. Hurmmm, faham ke tu?  

Apa kaitan hubungan suami isteri dengan rawatan radioiodin, RAI?
Apa kaitan hubungan suami isteri dengan rawatan radioiodin, RAI? Kredit Google. 

3- Boleh ke radiasi keluar melalui 'angry bird' semasa hubungan suami isteri?

Suami yang ambil RAI tapi isteri yang tidak mahu berhubungan suami isteri sebab takut radiasi masuk dalam badan melalui 'angry bird'. Perempuan memang suka cipta masalah kan? Pasal apalah benda yang mudah dijadikan susah! Adehh. 

Radiasi selepas RAI akan lemah pada hari ke 8. Kalau termengandung pun, tak ada kena mengena dgn radiasi sebab yang ambik RAI ialah suami. Dan hubungan berlaku selepas selesai kuarantin dan radiasi dah lemah. Sebaiknya tunggu 6 bulan jugak la sebelum nak mengandung.

Kepada korang yang alami masalah menolak hubungan suami isteri/dingin, tak kiralah ambil RAI atau tak, mungkin korang sedang dalam frasa menopause. Tak kiralah yang belum masuk usia 40 tahun pun. Tapi yang dah meniti usia menopause tu, hurmmm pandai-pandailah. Hihi. 

Ehh, korang yang masalah tiroid dah join ke grup support Tiroid dan Anda Ori ke? Kalau belum jom join. Taip je nama tu kat bahagian search facebook korang. 

Moga bermanfaat. 

Kredit Kak Pah (tuan tanah grup Tiroid dan Anda Ori)

02/08/2023

Petua mudah legakan sakit senggugut.

Sakit senggugut sangat menyakitkan. Mereka yang pernah kena tau la kan. Walaupun dulu cikla pernah gak la kena tapi takde la sakit giler, tapi still sakit ooo. Rasa macam kena tarik je urat abdomen tu. Huhu. Mujurlah sejak dah berusiaa, takde la kena teruk sangat. Paling tak selesa pun, lenguh pinggang, peha dengan belakang punggung je la. Tu pun sakit ooo.

So, selain dari ubat yang mungkin korang beli di farmasi yang kaler pink tu atau yang korang ambil di doktor, ada beberapa petua yang korang boleh cuba paling tak pun mengurangkan rasa ketakselesaan itu. 

Petua mudah legakan sakit senggugut.
Petua mudah legakan sakit senggugut. Kredit pic bh.com.my

Petua 1

Ambil 9 biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk sampai lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam  Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Selamat mencuba dan semoga serasi dengan korang. InshaAllah.

01/08/2023

Semut tak tidur ke?

Orang yang kuat bekerja diiumpamakan seperti semut. 

Tahukah korang, belum pernah ada catatan yang merekodkan tentang semut yang tidur. Didapati, semut merupakan spesies hidupan yang amat aktif dan gigih bekerja serta tak tidur.

Keadaan ini menyebabkan ramai saintis tertanya-tanya, apakah spesies ini tak berehat?

Semut tak tidur ke?
Semut tak tidur ke? Kredit image Google.

Hasil pemerhatian dimakmal menunjukkan semut tak berehat dengan tidur seperti kebanyakan hidupan lain.

Tahukah korang juga, serangga ini akan berhenti bergerak sebagai tanda mereka sedang 'terlelap'. Tempoh ini cuma beberapa minit je. Semasa keadaan ini berlaku, fungsi otak dan biologi tubuh semut akan berehat.

Sekian, kisah si semut.