24/12/2020

Mahukan keluarga bahagia? Ustazah Siti NurBahyah share tip.

Assalamualaikum, hai korang. 

Cikla jamin semua orang dambakan keluarga yang bahagia kan. Orang kata gaduh gaduh sikit tu adatlah. Hambar je pulak hubungan kalau takde 'warna-warni'. Betul tak? So, macam mana nak jadikan keluarga kita ni bahagia sentiasa? Meh try tip dari Ustazah Siti NurBahyah ni. 

Mahukan keluarga bahagia? Ustazah Siti NurBahyah share tip.
Mahukan keluarga bahagia? Ustazah Siti NurBahyah share tip. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

P yang pertama adalah 'puji'. Rasanya semua orang sukakan puji-pujian kan. So, setiap pasangan jugak kenalah saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan contohnya masakan atau ucapan terima kasih bila diberi pertolongan.

P kedua adalah 'peluk'. Sebenarnya, pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap yang mungkin setiap hari sebab pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

P ketiga adalah 'penghargaan'. Iaitu, amalan memberi hadiah yang boleh menambah kasih sayang sesama suami isteri. 

P keempat adalah 'perhatian' yang mesti diambil berat sebab kurangnya perhatian boleh menyebabkan pasangan rasa seperti diabaikan.

P kelima adalah 'persefahaman'. Mereka yang bekerjaya sepatutnya memerlukan pasangan yang lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

P keenam membawa maksud 'pergaulan'. Pasangan suami isteri mestilah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain untuk mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu dan seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

P ketujuh adalah 'percutian'. Seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan bersama pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

P yang terakhir adalah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Selain itu, Ustazah Siti Nur Bahyah berkongsi beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu dengan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Katanya lagi, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Bila seseorang itu mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

Waallahualam. 

23/12/2020

Tak tau macam mana nak kawal dan atasi sikap marah? Korang kena baca ni.

Bagi cikla, rasa marah tu normal. Tapi kalau asyik marah je, orang sekeliling pun jadi menyampah kan. Haha. Mana taknya, salah sikit marah. Itu marah ini marah. Lama-lama kawan pun lari. Haa, kesoranganlah jadinya. 

So, macam mana nak atasi rasa marah ni? Ini dia. 

Tak tau macam mana nak kawal dan atasi sikap marah? Korang kena baca ni.
Tak tau macam mana nak kawal dan atasi sikap marah? Korang kena baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Mengubah posisi duduk.

Cara ini ada diterangkan dalam hadis berikut. Rasulullah SAW bersabda: 

“Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

Ambil wudhu’.

Rasulullah SAW bersabda: 

“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

Mendiamkan diri ketika marah.

Cara mendiamkan diri ternyata mampu mengurangkan rasa marah. Kalau korang nak tau, panas baran ni jadi bila tindakan demi tindakan boleh sebabkan suasana jadi lebih tegang. So, mendiamkan diri adalah jalan terbaik. 

Berfikiran positif.

Sebaiknya, elak daripada menjerit atau bersuara lantang masa marah sebab ia akan menyebabkan keadaan jadi semakin tak terkawal, pastu tambah tambah lagi emosinya. 

So, think positive. Think yang marah bukanlah cara penyelesaian. Rendahkanlah suara dan jangan guna kata yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai.

Carilah tempat yang sesuai untuk luahkan masalah tanpa perlu ada rasa marah. Contoh, luahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. 

Setiap orang ada cara tertentu untuk luahkan tapi pastikan ia positif dan membawa kebaikan pada diri kita dan orang sekeliling.  

Rileks dan bertenang.

Tarik nafas juga mampu kurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita kawal emosi ketika marah.

Senyum.

Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak macam senang je nak buat kan, tapi senyuman tak mudah diukir pada wajah orang yang sedang marah. Namun percayalah, dengan senyuman juga perasaan marah kita akan menjadi reda. 

Moga bermanfaat. 

15/12/2020

Makanan cepat basi? Meh cuba tip ni.

Ada makanan boleh menjadi cepat basi disebabkan oleh beberapa sebab, contohnya tercemar oleh kuman atau najis dan virus. 

Pastu, ia jugak boleh disebabkan oleh bahan asal makanan itu sudah busuk atau tak fresh seperti santan masam, cili kisar yang dah tercemar atau tak disimpan di tempat sejuk. 

Kalau korang nak tau jugak, makanan yang kaya protein dan lemak seperti daging, ayam, seafood yang tak dimasak dengan sempurna pun boleh menjadi punca makanan cepat rosak atau basi. 

Makanan cepat basi? Meh cuba tip ni.
Makanan cepat basi? Meh cuba tip ni. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Apa kata korang try tip yang mungkin boleh pratikkan untuk elakkan 'kejadian' ni berlaku. 

1. Elak guna sayur yang cepat berair seperti timun dan tomato.

2. Kalau makanan berkuah, masak makanan tersebut sampai mendidih atau dalam tempoh yang lama. Masukkan bahan yang lembut dan mudah empuk ketika memasak. 

3. Bila siap masak, angkat dan jauhkam daripada bahang api. 

4. Jangan biarkan makanan tersimpan dalam periuk atau kuali. 

5. Guna senduk yang kering masa menceduk makanan.

6. Jangan guna sudu basah atau tangan. Masakan tak boleh terkena tangan atau air mentah untuk mengelakkan pencemaran. 

7. Jangsn masukkan kembali makanan yang dah disenduk ke dalam periuk. 

8. Sebelum memasukkan makanan dalam bekas dan bertutup pastikan ia betul betul sejuk. 

9. Biasanya makanan yang berasaskan santan mudah basi. So, masukkan satu atau dua asam keping ke dalam makanan semasa atau bila dah hampir selesai memasak.

Moga bermanfaat.