Masuk usia 40-an, ini 6 perkara penting yang kebanyakan orang cari!

Bila masuk usia 40-an, hidup terasa macam dapat bab baru dalam buku kehidupan. Dah lepas fasa nak kejar impian zaman muda, dah lepas juga fasa sibuk dengan anak kecil. Tapi sekarang, apa lagi yang sebenarnya kita cari?

Masuk usia 40-an, ini 6 perkara penting yang kebanyakan orang cari!
Kredit gambar to Google. 

1. Ketenteraman jiwa.

Dulu mungkin kita sibuk kejar duit, kejar pangkat dan kejar impian. Tapi bila dah masuk 40-an, ramai yang mula cari ketenangan. Bukan lagi pasal siapa ada kereta besar atau rumah mewah, tapi lebih kepada hati yang lapang dan hidup yang tak berserabut.

2. Kesihatan yang lebih baik.

Masa 'muda' dulu mungkin kita tak peduli sangat pasal kesihatan. Makan ikut suka, tidur pun tak tentu masa. Tapi bila dah makin berusia, badan pun dah start ‘bersuara’. Sendi sakit, perut cepat naik, stamina pun dah kurang. So, ramai mula cari dan amalkan gaya hidup lebih sihat dengan menjaga makan, bersenam termasuklah mengambil suplemen.

3. Hubungan yang bermakna.

Bila dah matang, kita mula tapis dengan siapa kita nak kawan. Tinggalkan yang betul-betul ikhlas je. Macam tu jugak dengan famili. Malas nak bergaduh pasal benda kecil. Yang penting, hubungan yang berkualiti, dengan pasangan, anak-anak dan kawan-kawan yang boleh sama-sama ketawa dan susah senang.

4. Kewangan yang stabil.

Mungkin tak semua orang kaya-raya, tapi di usia ini kebanyakan orang dah mula fikir nak hidup lebih selesa tanpa beban hutang. Kalau dulu banyak berbelanja untuk perkara tak perlu, sekarang lebih fokus pada simpanan, pelaburan dan persediaan hari tua.

5. Mencari makna hidup.

Ini paling penting. Dah puas hidup ikut arus, ramai mula cari erti kehidupan yang sebenar. Ada yang mula mendekatkan diri dengan agama, ada yang mula buat kerja amal, ada juga yang cuba perkara baru. Melancong, belajar kemahiran baru atau ikut minat yang dulu terabai.

6. Masa untuk diri sendiri - me time!

Kalau dulu hidup sibuk uruskan keluarga dan kerja, sekarang mula belajar ‘me time’. Ada yang suka berkebun, membaca atau sekadar duduk santai menikmati kopi tanpa gangguan. Sebab akhirnya, hidup ni bukan tentang orang lain saja, tapi juga tentang diri sendiri.

Kesimpulannya, usia 40-an bukanlah titik akhir, tapi permulaan fasa baru yang lebih matang. Ini masa untuk hidup dengan lebih tenang, lebih bermakna, dan lebih bahagia. Apa yang penting, cari apa yang buat kita rasa cukup dan bersyukur. Sebab akhirnya, kebahagiaan itu bukan tentang apa yang kita ada, tapi bagaimana kita menghargai hidup yang kita jalani. 

Setiap orang ada perjalanan sendiri, jadi apa lagi yang korang cari? Fikir-fikirkanlah. 

1 comment:

  1. Betul kak. Begitu masuk usia 40, saya dah tak terlalu pening memikirkan hal2 remeh macam being a center of attention. Anak2 skr langsung heboh kalo semisal postingan mereka di IG tak banyak likes. Duuuh saya tak kesana fokusnya.

    Saya lebih memikirkan ketenangan diri saya.

    Banyak hal pribadi yg skr saya tutup, tak nak share dengan orang2. Kalo dulu rasa macam nak flexing semuanya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Memang lah, makin tua, hendaknya makin bijak. Bukan malah makin childish

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews