7 resepi ikan yang patut korang cuba.

Semua orang tau kot yang ikan kaya dengan pelbagai khasiat. Pendek kata, ikan ni memang power untuk kesihatan! Paling obvious, ia penuh dengan protein yang bagus untuk otot dan tenaga, tapi tak berat macam daging merah. Lemak baik dalam ikan, terutama jenis macam salmon, tuna dan sardin, boleh jaga jantung elok-elok sebab ada Omega-3 yang bantu kurangkan kolesterol jahat. Otak pun dapat manfaat sebab Omega-3 tu boleh tingkatkan daya ingatan dan buat minda lebih tajam, sesuai sangat untuk budak-budak tengah membesar ataupun orang dewasa yang nak elak nyanyuk awal.

Kulit pun boleh jadi lebih sihat dan berseri sebab ikan ada kandungan kolagen semula jadi. Lagi satu, siapa yang selalu sakit sendi, makan ikan boleh bantu kurangkan keradangan, jadi kuranglah rasa sengal-sengal badan. Yang bestnya, ikan ni makanan yang senang hadam, jadi perut pun tak rasa berat lepas makan. Kalau nak diet pun memang sesuai sebab dia rendah kalori tapi tetap bagi kenyang lama. Pendek kata, kalau selalu makan ikan, bukan setakat badan sihat, otak pun cerdas! 

So, kali ni cikla nak share 7 resepi berasaskan ikan yang korang patut cuba terutama mereka yang menggemari ikan. 

RESEPI IKAN MASAK ASAM JAWA.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan masak asam jawa.

Bahan-bahan:

Sebarang jenis ikan kesukaan korang.
Bawang besar 1 biji*
Bawang putih 3 ulas* 
Halia sikit*
Cili api ikut suka nak banyak mana.

Cara masak:

1. Bersihkan ikan, kemudian gaul garam kunyit dan goreng.

2. Potong halus dan tumis semua bahan bertanda* sampai layu.

3. Bancuh air asam jawa pekat-pekat dan masukkan ke dalam kuali.

4. Masukkan cili api, garam, gula dan perasa (jika suka).

5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.

6. Biar mendidih sekejap. Tutup api. Siap untuk dihidang.

Kredit : Empunya resepi

RESEPI IKAN REBUS VERSI THAILAND.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan rebus versi Thailand

Cara penyediaan:

1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek (dia macam manisan yang dihasilkan dengan cecair nira kelapa), 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan daun limau purut 15 helai ke dalam periuk.

2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.

3.Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dalam peti makin sedap.

Kredit : Vi Ibi Haji Ariffin

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI JOHOR.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Asam pedas ikan pari Johor.

Bahan-bahan:

1 kg ikan pari.
20 tangkai cili kering direbus.*
5 ulas bawang merah.*
1 biji bawang besar.*
3 ulas bawang putih.*
2 inci kunyit hidup.*
2 inci halia.*
Sedikit belacan.*
1 sudu lada hitam (ditumbuk).
10 tangkai daun kesum.
Bendi (terpulang nak banyak mana). 
1 batang bunga kantan (belah 2)
1 cawan air asam jawa.
Minyak untuk menumis.
Air secukupnya.

Cara-caranya:

1. Kisar bahan yang bertanda *. Panaskan minyak (minyak kena lebih ye) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sampai pecah minyak serta naik bau. Biar betul-betul pecah minyak ye.

2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikan pari, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tapi jangan pekat sangat, agak-agaklah ye.
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak. Last masukkan bendi, tak payah lama sangat nanti bendi lembek. Dah agak-agak lembut bendi boleh tutup api. Dan sedia dihidangkan.

Kredit : Nor Khomariah Norrohman.

RESEPI IKAN BAKAR KUALA PERLIS.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan bakar Kuala Perlis.

Bahan-bahan:

Ikan (apa-apa jenis ikan kesukaan korang).
½ tin susu pekat.
1 kotak kecil santan.
1 cawan air.
1 sdt cukup rasa.
Sedikit garam.
2 sdm margerin/butter.
Sedikit minyak.
1 sdm kunyit.
Bancuhan air tepung jagung (untuk pekatkan sedikit kuah).

Cara masak:

1. Masak semua bahan sampai mendidih dan  pekat. Agak boleh sapu dan letak pada ikan.

2. Masukkan dalam bekas.

3. Bakar ikan yang dah diperap dengan garam kunyit, bakar bahagian isi dahulu separuh masak.

4. Alih dan letak bahagian sisik di bawah (ikan tak perlu buang sisik cuma belah belakang).

5. Letak perencah ikan bakar tadi. Bakar sampai masak bahagian belakang sampai nampak perencah mengelegak di atas. Tak perlu alih, kalau nak alih kejap pastikan perencah dah melekat pada ikan.

Kredit : Empunya resepi

RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS MASAK LEMAK PEKAT.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan kembung rebus masak lemak pekat.

Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung rebus. Bersihkan, goreng dan ketepikan.

1. Bahan blend:

Bawang besar.
Bawang putih.
Halia.
Cili api.
Kunyit hidup. Boleh guna serbuk kunyit jugak. 

2. Bahan lain:
Serai.
Santan.
Serbuk perasa (optional).
Air.

Cara masak:

Tumis bahan blend dengan serai. Masukkn sedikit air, tunggu sampai mendidih kejap. Masukkan santan, serbuk perasa dan ikan. Biar mendidih ikan dan santan bagi mesra. Masukkan daun kunyit dan kacau sekejap. Siap dan bolehlah dihidang.

Kredit : Hamizah Yatim.

RESEPI IKAN MASAK ASAM.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan masak asam.

Bahan-bahan:

Ikan.
Bawang besar sebiji.
Bawang putih 5 ulas.
Halia (agak-agak je).
Cili padi 5 biji.
Garam.
Gula. 
Air asam jawa.
Serbuk perasa.
Serbuk kunyit (setengah sudu kecil je).
Serbuk lada hitam.

Cara masak:

Mula-mula goreng ikan, pastu tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Then, masukkan air asam jawa dan kacau je. Pastu masukkan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit sikit. Masukkan ikan, ssiap.

*boleh jugak tukar lauk dengan telur mata, ikan talang masin, ikan bawal dan ikan seludu.

Kredit : Hunny Wanny.

RESEPI IKAN MASAK KUAH PEKAT.

7 resepi ikan yang patut korang cuba.
Ikan masak kuah pekat. 

Bahan-bahan:
.
Ikan merah seketul.
Bawang besar 1 biji.*
Bawang putih 2 ulas.*
Halia seinci.*
Lada hitam biji.*
Pes asam jawa sesudu kecil.
Kicap mudim satu sudu.
Bawang besar, cili merah, cili padi hiris.
Garam secukup rasa.
.
Cara-cara:
.
1. Goreng ikan.
2. Tumbuk bahan bertanda*.
3. Masukkan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
4. Letak air sedikit.
5. Biar kuah mendidih kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan kicap. Kalau tak suka letak kicap masukkan gula sedikit.
6. Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris.

Kredit : Empunya resepi. 

Selamat mencuba. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Berhubung kampung saya di pesisir area, Sibolga, jadi namanya seafood memang dah makanan hari2. Karena itu saya suka ikan. Walaupun tak semua jenis ikan 😅.

    Tapi tuhlah kak, saya belum confident nak masak ikan. Jadi hari2 memang lebih memilih daging sapi atau ayam. Ataupun seafood macam udang. Kalo ikan, teringiiin sangat, saya prefer beli.

    Paling suka kalo ikan pari di gulai, bakar atau asam pedas.

    Ikan lain asalkan durinya tak menyusahkan saya suka

    ReplyDelete