Soal jawab agama : Bawah sejadah ada najis.

SOALAN :

Selepas selesai solat asar baru saya tahu ada najis di bawah sejadah. Adakah sah solat yang telah saya kerjakan itu?

Bagaimana pula kalau najis ada atas sejadah tetapi tidak bersentuh dengan orang yang solat?

Soal jawab agama : Bawah sejadah ada najis.

JAWAPAN :

Barangsiapa menunaikan solat di atas sejadah yang diletakkan di atas najis tetapi najis tersebut tidak bersentuh dengan pakaian atau badannya ketika dia menunaikan solat tersebut maka solatnya itu sah.

Begitu juga jika najis itu berada di atas sejadah tidaklah batal solatnya asalkan tidak bersentuh dengannya ketika dia duduk bangun menunaikan solat itu.

Berkata Imam Taqiyuddin Al-Hisni Ad-Dimasyqi :

وَلَو صلى على بِسَاط تَحْتَهُ نَجَاسَة أَو على طرفه نجاسة أو على سَرِير قوائمه على نَجَاسَة لم يضر وَلَو كَانَت نَجَاسَة تحاذي صَدره فِي حَال سُجُوده أَو غَيره فَوَجْهَانِ الْأَصَح لَا تبطل صلَاته لِأَنَّهُ غير حَامِل للنَّجَاسَة وَلَا مصل عَلَيْهَا

Ertinya : “Dan kalau seorang itu solat atas tikar yang di bawahnya ada najis atau ada najis di hujung tikar itu atau ada najis pada bahagian tepinya atau dia solat di atas katil yang kakinya diletakkan atas najis maka solatnya tidak batal. Dan jika najis berada berbetulan dengan dadanya pada ketika dia sujud atau lainnya maka ada dua pendapat yaitu pendapat yang paling sahih tidak batal solatnya kerana sungguhnya dia tidak menanggung bagi najis itu dan tidak solat di atas najis.” (Kitab Kifayah Al-Akhyar).

Wallahua’lam.
Ustaz Azhar Idrus.

1 comment:

  1. Secara logika masuk akal. Fungsi sejarah pun memang supaya menjadi alas yg bersih utk kita sholat. JD kalo bagian bawahnya kotor, seharusnya terhalang oleh Sejadah tadi

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews