Adab menggunakan media sosial yang patut diamalkan.

Zaman moden sekarang ni, media sosial menjadi platform penting tak kira dalah bisnes, pembelajaran malah pergaulan dengan orang lain. 

Tapi, dalam menggunakan menggunakan media sosial ini ada adab yang mesti kita ambil tau sebab bagi cikla ia berkaitan rapat dengan personaliti diri kita juga. Orang boleh menilai diri kita melalui posting kita di media sosial.

Jom check apakah adab yang sepatutnya kita praktikkan ketika menggunakan media sosial ini.

Menyampaikan perkara yang baik.

Kita memang diseru saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran. Nabi S.A.W. dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. berkata: 

“Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak mana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya.” – HR Muslim.

Pastikan perkara yang sahih sebelum disebarkan. 

Check betul-betul kesahihan sesuatu cerita itu sebelum disebarkan. Tak takut ke kita pada dosa yang perlu ditanggung sebab "memfitnah" orang atau cerita tu tak betul?

Menjaga aib. 

Jagalah aib kita dan aib orang lain. Boleh je nak share aktiviti kita seharian tapi janganlah keterlaluan sangat. 

Kalau share pasal aktiviti bisnes lagi elok kan macam unboxing stok ke, packing order customer ke, pergi COD atau post barang ke. Boleh naikkan trust dan personal branding kita gak kan. 

Macam tu jugak dengan aib orang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar R.A bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang menutupi (aib) seseorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” – HR Al- Bukhari. 

Jangan cakap benda yang buruk pasal orang lain. 

Jangan sesekali jadi seorang yang negatif dengan menulis hal buruk pasal orang lain. Semua orang mempunyai kelemahan tersendiri. Kita sendiri pun banyak kelemahan.

Sentiasa bersikap positif. 

Sentiasa positif dengan berkongsi info positif, ilmu-ilmu berguna, nasihat agama ke, kata-kata motivasi takpun tulis komen positif kat posting rakan-rakan lain.

Jadi pilihan di tangan kita. Gunakan media sosial dengan hal yang baik. Contohnya untuk berbisnes. Paling tak pun manfaatkan media sosial untuk gemukkan sotong, rimau, singa korang tu. Berbaloi gak kan. 

No comments:

Powered by Blogger.