Advertisement

Adab berbisnes di FB.

ADAB BERBISNES ONLINE DI FB. Dalam kehidupan seharian, kita perlulah beradab dan berkelakuan baik tak kira dalam apa jua hal termasuklah dalam bisnes. Hal ni nampak simple je, tapi impaknya sangat besar.  Bagi cikla ia melibatkan attitude dan sikap yang kita kena tonjolkan supaya penilaian orang terhadap diri kita sentiasa baik.  InshaAllah. 


Adab berbisnes di FB.
Adab berbisnes di FB. 


Ini adalah sebahagian adab yang boleh kita praktikkan ketika berbisnes atau menggunakan fb; 

1. Jangan copy content orang lain buat macam hak sendiri. Kalau gian sangat nak copy tu, jangan lupa letak kredit pada penulis asal tanda kita hargai hasil idea dia. 

Kalau cikla, tiruvasi lebih sesuai kot. Olah ikut cara penulisan kita, sebab lain orang lain caranya kan. Kadang kita pun dah, boleh kenal gaya penulisan, kawan kawan fb kita. Betul tak?

2. Jangan tipu testimoni. Yang ni penting. Kita pun tak suka orang tipu kita kan? 
 
3. Jangan burukkan produk pesaing. Tonjolkan kelebihan produk kita tanpa membandingkan dengan produk lain. Masing-masing ada kelebihan tersediri. Apa yang penting cara kita tarik prospek dengan keistimewaan dan kelainan produk kita.

4. Jangan buang harga tanpa keizinan HQ. Ini penting sangat ye kawan-kawan seban berkait dengan keberkatan rezeki. Apa guna sale banyak tapi tak berkat. Hurmm, fikirlah sendiri. 

5. Jangan letakkan gambar tak patuh syariah. Sebaiknya lindungi dan peliharalah aurat kita, kastemer dan apa je gambar orang yang kita letak dalam poster iklan kita. Benda ni nampak remeh,  tapi kena diberi perhatian sebab bagi cikla melibatkan keredhaanNya. 

6. Jangan meroyan di fb.  Sebaiknya post yang positif je.  Negatif tak mau.  Contoh, kita post tak puas hati, benda tu kita tak sedar kita dah sebarkan aura negatif di kalangan kawan-kawan yang baca posting kita.  Mungkin ada yang sekadar baca,  tapi mesti ada jugak yang sibuk menanya.  Pastu,  dah jadi panjang ceritanya. 

Apa yang penting, hormatlah orang lain kalau kita nak orang hormat kita jugak.  

What you give, you get back. Tak gitu. 

Post a Comment

0 Comments