Boleh ke puasa enam diniat sekali dengan ganti puasa?

By Cikla Shahril - May 20, 2021

Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan, maka tak perlu memeningkan kepala untuk mencari mana satu yang lebih 'rajih', jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih. 

Boleh ke puasa enam diniat sekali dengan ganti puasa?
Boleh ke puasa enam diniat sekali dengan ganti puasa?

1. Pendapat Pertama: Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawal.

Dalilnya:

فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari)

Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawal.

2. Pendapat Kedua: Berpuasa Sunat Syawal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'.

Dalilnya:

Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah صلى الله عليه و سلم (Muttafaqun 'Alaih).

Berdasarkan riwayat ini maka sebahagian ulama' menghukumkan harusnya bagi seseorang untuk menangguhkan qada' puasanya dan memberi isyarat bahawa qada' puasa, tidaklah seperti qada' solat yang mesti disegerakan sebaik  sahaja teringat.

Maka bagi sesiapa yang merasakan tak mungkin sempat menghabiskan puasa qada' terlebih dahulu kerana banyak jumlahnya tetapi tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat enam  hari Syawal, maka bolehlah dia beramal mengikut pendapat ini.

Namun di sisi ulama' Syafi'iyyah, ia makruh kerana di sisi ulama' Syafi'iyyah, mengedepankan yang wajib atas yang sunat itu lebih disukai.

3  Pendapat ketiga: Digabungkan kedua-duanya sekaligus berhasil pahala bagi kedua-duanya.

Ini merupakan fatwa sebahagian ulama' Syafi'iyyah, berdalilkan Qiyas terhadap Solat Wajib yang dikerjakan seseorang ketika masuk ke masjid telah pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid keatas dirinya.

Ini merupakan fatwa Imam Ar-Ramli, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

Maka sesiapa  yang merasakan lebih selesa  dan kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan  bolehlah melakukan sebegini, terutamanya untuk  kaum wanita yang mempunyai suami supaya  tak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.

Waallahualam. 

Kredit : PONDOK HABIB

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Nice sharing. Tiap2 tahun mesti cari article pasal ni walaupun dah ada jawapan. Huhuh!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing!

    ReplyDelete
  4. depends dgn pilihan mereka nak ikut yg mana satu. tapi Islam itu memudahkan.

    ReplyDelete