Kalau ditanya oleh anak cucu tentang Al-Quran, apa nak jawab?

By Cikla Shahril - October 08, 2020

Al-Quran adalah kalamullah yang wajib diimani. Kita juga sangat disarankan membacanya setiap hari walaupun sepotong ayat. 

Namun, dapatkah kita menjawab persoalan persoalan yang ringkas mengenai Al-Quran jika ada yang bertanya kepada kita? 

Sedihkan kalau kita sendiri pun masih tak tau ilmu asas mengenai kitab Allah yang satu ini.

Kalau ditanya oleh anak cucu tentang Al-Quran, apa nak jawab?
Kalau ditanya oleh anak cucu tentang Al-Quran, apa nak jawab? Gambar diubahsuai dari carian Google.

So, kalau ada yang bertanya kepadamu, maka jawablah seperti ini ya. 

T : Berapa jumlah surah dalam Al-Quran?
J : 114 surah.

T : Berapa jumlah juz dalam Al-Quran?
J : 30 juz.

T : Berapa jumlah hizb dalam Al-Quran?
J: 60 hizb.

T: Berapa jumlah ayat dalam Al-Quran?
J: 6666 ayat.

T : Berapa jumlah kata dalam Al-Quran dan berapa jumlah hurufnya?
J: 77437 kata atau 77439 kata dan 320670 huruf.

T : Siapa malaikat yang disebut dalam Al-Quran?
J : Jibril, Mikail, Malik, Raqib, Atiid, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazah, Al-Kiramulkatibun HamalatulArsy.

T : Berapa jumlah Sajdah (ayat Sujud) dalam Al-Quran?
J : 15 Sajdah.

T : Berapa jumlah para Nabi yang disebut dalam Al-Quran?
J : 25 Nabi

T : Berapa jumlah Surah Madaniyah dalam Al-Quran? Sebutkan.
J : 28 Surah. Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Nisa',  Al-Maidah, Al-Anfal, Al-Tawbah, Al-Ra'd, Al-Haj, Al-Nur, Al-Ahzab, Muhammad, Al-Fath, Al-Hujurat, Al-Rahman, Al-Hadid, Al-Mujadilah, Al-Hasyr, Al-Mumtahanah, Al-Shaf, Al-Jum'ah, Al-Munafiqun, Al-Taghabun, Al-Thalaq, Al-Tahrim, Al-Insan, Al-Bayinah, Al-Zalzalah, Al-Nashr.

T : Berapa jumlah Surah Makiyah dalam Al-Quran? Sebutkan.
J : 86 Surah, selain surah tersebut di atas.

T : Berapa jumlah surah yang dimulai dengan huruf dalam Al-Quran?
J : 29 surah.

T : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyyah? Sebutkan 10 saja.

J : Surah Makiyyah adalah surah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, seperti: Al-An'am, Al-Araf, Al-Shaffat, Al-Isra', Al-Naml, Al-Waqi'ah, Al-Haqqah, Al-Jin, Al-Muzammil, Al-Falaq.

T : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyyah? Sebutkan 5 saja?
J : Surah Madaniyah adalah surah yang diturunkan di Madinah setelah hijrah, seperti: Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Anfal, Al-Tawbah, Al-Hajj.

T : Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam Al-Quran?
J : Adam a.s , Nuh a.s , Ibrahim a.s, Isma'il a.s, Ishaqa a.s, Ya'qub a.s, Musa a.s, Isa a.s, Ayub a.s, Yunus a.s, Harun a.s, Dawud a.s, Sulaiman a.s, Yusuf a.s, Zakaria a.s, Yahya a.s, Ilyas a.s, Alyasa a.s', Luth a.s, Hud a.s, Saleh a.s, ZulKifli a.s, Syuaib a.s, Idris a.s, Muhammad Shalallahu'alaihi wa sallam.

T : Siapakah satu-satunya nama wanita solehah yang disebut namanya dalam Al-Quran?
J : Maryam binti Imran.

T : Siapakah satu-satunya nama sahabat yang disebut namanya dalam Al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dalam surah Al-Ahzab ayat 37.

T : Apakah ayat dalam Al-Quran yang pertama kalil turun?
J : Surah Al-Alaq ayat: 1-5 (إقرأ باسم ربك الذي خلق).

T : Apakah ayat terakhir yang turun dalam Al-Quran?
J : Ayat 3 surah Al-Maidah  (أليوم أكملت لكم دينكم وأ تممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا).

T : Apakah nama surah yang tanpa Basmalah?
J : Surah At-Tawbah (bara'ah).

T : Apakah nama surah yang memiliki dua Basmalah?
J : Surah Al-Naml.

T : Apakah yang disebut surah Al-mu'awidzatain (2 surah penjagaan)?
J : Surah Al-Falaq dan An-Naas.

T : Apakah nama surah yang bernilai seperempat Al-Quran?
J : Surah Al-Kafirun.

T : Apakah nama surah yang bernilai sepertiga Al-Quran?
J : Surah Al-Ikhlas.

T : Apakah nama surah yang menyelamatkan dari siksa kubur?
J : Surah Al-Mulk.

T : Apakah nama surah yang apabila dibaca pada hari Jumaat akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah Al-Kahfi.

T : Apakah ayat yang paling agung dan dalam surah apa?
J : Ayat Kursi, dalam Surah Al-Baqarah ayat No.255.

T : Apakah nama surah yang paling agung dan berapa jumlah ayatnya?
J : Surah Al-Fatihah, 7 ayat.

T : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?
J : Firman Allah Ta'ala: Barang siapa yang melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat. Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat. (Surah Al-Zalzalah ayat: 7-8).

T : Apakah nama surah yang ada dua sajdahnya?
J : Surah Al-Haj ayat: 18 dan ayat: 77.

T : Pada kata apakah pertengahan Al-Quran itu di surah apa? ayat no berapa?
J : وليتلطف Surah Al-Kahfi ayat No: 19.

T : Ayat apakah bila dibaca setiap habis solat fardu dapat mengantarkannya masuk ke dalam Syurga?
J : Ayat Kursi.

T : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu surah dan di surah apa?
J: Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah Al-Rahman.

T : Ayat apakah yang di ulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dalam surah lainnya? Di surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah Al-Mursalat, juga ada dalam Surah Al-Muthaffifiin ayat No: 10.

T : Apakah ayat terpanjang dalam Al-Quran? Pada surah apa? Ayat berapa? Dan apa yang dibahas?
J: Ayat No: 282 Surah Al-Baqarah, membahas muamalah dengan sesama manusia dalam kewangan dan hutang piutang.

#cnp
#sharingiscaring

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. terbaik. ilmu yang bermanfaat 👍

    ReplyDelete
  2. banyak info berguna tentang al-quran yang mungkin ramai tak tahu kan. terima kasih atas perkongsian

    Jemput singgah www.rancangantivi.com

    ReplyDelete