'santai tapi sampai'

Lamanya tak mecoret di sini. Winduuu tetiba. Huhu. Wokeh laa, cikla nak share satu lagi resepi senang dengan korang semua. Since pak mert...

Sardin masak lemak simple.

Lamanya tak mecoret di sini. Winduuu tetiba. Huhu. Wokeh laa, cikla nak share satu lagi resepi senang dengan korang semua. Since pak mertua all the time asyik request masak lemak, masak lemak, masak lemak kadang-kadang blur gak nak masak lemak apa. Nak makan ayam dengan daging, macam dah jemu plak sebab baru jek makan ritu. 

So, disebabkan kemalasan nak ke pasar gak, mujur ada sardin sepot kat dalam lemari tu, jadinya ku buatlah masak lemak. Fuh, berdebar-debar gak laa takut tak kena kat tekak ni haa (tekak aku yang penting tu, haha) tapi, ok la rasa dia. Sedap gak. Kot ada yang tak tahu camne nak masak lauk ni, cikla share la ye. Yang dah tau tu, dediam sudah. Haha.

Sardin masak lemak simple.
Sardin masak lemak simple. 

Bahan-bahan :

1 pot ikan sardin (apa-apa brand). 
1 labu bawang merah (hiris). 
2-3 ulas bawang putih (hiris). 
1/2 inci halia (hiris). 
1/2 sudu besar cili giling. 
1 kotak kecil santan. 
Sedikit minyak untuk menumis. 
Garam, asam keping, serbuk kunyit, daun limau purut dan daun kunyit.

Caranya :
  1. Asingkan isi ikan sardin dari kuah dia. Dalam kuali yang sesuai, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris sampai kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan cili giling dan sedikit air. Tumis sampai garing dan naik bau. Then, masukkan santan dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
  3. Selepas itu, masukkan, sedikit serbuk kunyit, asam keping dan perasakan dengan garam. Biarkan kejap.
  4. Masukkan isi ikan sardin bersama daun limau purut dan daun  kunyit. Biarkan sampai isi ikan lembut dan kuah masak sepenuhnya.
  5. Tutup api, dan siap untuk dihidangkan.

Sardin masak lemak simple.
Sardin masak lemak simple. 

Sardin masak lemak simple.
Sardin masak lemak simple. 

Rasanya, sedap gak not bad. Bukan nak puji diri sendiri tau, tapi memang sedap laa. Sardin lover boleh try cuba resepi ni. Selamat mencuba!

6 comments:

  1. first time jumpa ikan sardin masak lemak woww! thanks for sharing the recipe cikla! :D

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap pula.. baru tau masak sardin lemak mcm nie..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa..first time tahu sardin boleh buat masak lemak. lepas ni boleh try resepi nie..

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap dan menarik resipi ni

    ReplyDelete
  5. wah...
    menu baru bagi aida ni.
    x pernah lagi buat sardin masak lemak tau.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. selalu sha tumis je.. menarik pula bila tengok resepi cikla ini..

    ReplyDelete