Jom baca satu kisah yang sangat menyentuh perasaan dan sangat menginpirasikan.
Ada seorang lelaki tua berpakaian lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, memang dah jelas sangat si lelaki tua tu dari golongan fakir. Semua pengunjung di kedai tersebut memandang ke arah lelaki tua itu dengan pandangan pelik dan aneh. Tapi, berlainan pulak kisahnya dengan pemilik kedai tersebut.
Pemilik kedai berkata : ''Mahu cari apa pakcik?''. Dia bertanya dengan ramah.
Lelaki tua itu menjawab : ''Saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi....'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: ''Tapi kenapa pakcik?''
Lelaki tua membalas: ''Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin.''
Pemilik kedai : ''Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai.''
Lega...
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Dia menghulurkan wang 100 riyal kepada pemilik kedai, lalu membawa selimut yang dibelinya terus pulang.
Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai. Katanya, "Adakah kamu tersilap? Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada di kedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?'' katanya, kehairanan.
Pemilik kedai berkata: ''Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tapi kelmarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah. Demi Allah! Sesungguhnya aku tak menginginkan wangnya sedikit pun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu. Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka.''
Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa membuat orang lain berasa rendah diri.
Jom sedekah. Ia tak akan membuatkan kam miskin malah rezekimu semakin melimpah ruah.
Kredit Grup WhatsApp
bagusnya, bila kita ada peluang buat kebaikan kita kena gunakan sebaiknya.
ReplyDeleteAllahu... mulianya.... sedih baca.. ringkas tapi penuh pengajaran
ReplyDeleteTq share, menarik ceritanya.
ReplyDeleteInsaf...
ReplyDeleteAllahuakbar.Terkesan sungguh.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Jmput singgah my blog 🤗
ReplyDeletepenuh pengajaran..
ReplyDelete