Macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan segar lebih lama?

By Cikla Shahril - April 02, 2019

Kadang-kadang, buah-buahan yang kita beli mesti cepat rosak atau busuk kan bila kita bawak balik ke rumah. Masa dekat kedai, memang cantik ranum berkilat je rupa dia. Tapi bila kat rumah, adeh memburuk rupanya. Rugi je kan.

Tak kira buah apa pun, ada caranya macam mana nak bagi buah tu tahan lama dan kekal fresh. Kalau makan pun, krupp krappp krupp krappp bunyi dia. Tu yang best tu.  

Cikla nak share petua macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan lebih lama dan masih sedap dimakan walaupun 'berkurun' lamannya duk dalam esbok tu. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan segar lebih lama.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan segar lebih lama. 

Memula, keluarkan strawberry dari bekasnya. Then, basuh buah tersebut bersih-bersih dengan air paip. Selepas tu, dalam bekas yang berasingan, masukkan 1 liter air bersama 2 sudu teh garam kasar. Kacau campuran tersebut sehingga garam melarut kesemuanya. 

Dah siap kacau, masukkan strawberry yang telah dibersihkan tadi ke dalam air bergaram tersebut dan biarkan beberapa minit. Sesudah itu, toskan buah dan simpan semula dalam bekas dia. 

Simpan buah strawberry yang telah siap ditos dalam peti sejuk bahagian chiller. Amazing, buah strawberry ini boleh tajam selama 1-2 minggu dalam keadaan fresh.

Kredit : TiniTeamIkaBakery

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. wowwww gitu. so kita kena bawa bekalan garam macam ni. sikit je guna kan boleh simpan dalam botol kecik2.

    ReplyDelete
  2. kakaka Thanks for your post. its so helpful <3

    ReplyDelete
  3. wahh baru tahu la cara ni. kebetulan baru dapat strawberi dari cameron. tapi dengan pantas sudah habis. tak sempat nak simpan haha

    ReplyDelete
  4. owh.. macam tu rupanya nak bagi strawberry tahan lama.. tq cikla..

    ReplyDelete