Breaking

14 February 2018

Papa Nak Menantu : Drama romantik komedi yang korang mesti tengok.

Papa Nak Menantu : Drama romantik komedi yang korang mesti tengok. | Assalamualaikum wbt. Drama slot Dahlia TV3 berganti lagi. Terbaru, drama romantik komedi Papa Nak Menantu telah mula ditayangkan menggantikan drama Mr. Boss, Miss Stalker (drama ulangan ni). Sebenarnya, drama Papa Nak Menantu ni adalah adaptasi novel jugak, iaitu karya Hasrudi Jawawi. Kaki novel tau kot novel ni. Cikla tak follow sangat drama ni, tapi adalah beberapa episod yang cikla tengok. Seronok jugak. Paling yang cikla kelakar, pelakon Aman Graseka yang membawa watak Pak Saad, seorang lelaki lembut. Versatile sungguh beliau ni, memang menjadi wataknya.

Drama 20 episod ni diarahkan oleh pengarah yang tak asing lagi, Murali Abdullah & Chad Abd Rahman. Ia bersiaran dari hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang. Jom baca sedikit sinopsis drama ini...

Papa Nak Menantu : Drama romantik komedi yang korang mesti tengok.

Para pelakonnya memang sangat mantap dan best, iaitu: 

Papa Nak Menantu : Drama romantik komedi yang korang mesti tengok.
Papa Nak Menantu : Drama romantik komedi yang korang mesti tengok. Kredit pic SINI

Aman Graseka (Pak Saad). 
Hafidz Roshdi (Azrin Aidil). 
Jaja Iliyes (Syahirah). 
Aedy Ashraf (Nazim). 
Sheila Mambo (Salbiah). 
Cik Manggis (Fatimah). 
Hanis Nabila (Delyna). 
Rais Hazlin (Dwan). 
Che Puteh (Mak Gayah). 
Fendi Sman (Pak Mat Tempe).
Iqa Roslan (Nabila). 
Asyraf Dasley (Nazim). 
Hani Marhani (Mak Eton). 
Ezany Nizariff (Ezanny).

Sinopsis drama:
Syahirah atau Ira seorang gadis yang berperwatakan kasar, keras kepala, sukar dikawal dan pemalas. Dek kerana sikapnya itu, ayahnya Pak Saad mahukan anaknya itu berkahwin sebelum dia berusia 50 tahun. Ekoran dari permintaannya itu, Pak Saad telah mengugut Ira kalau keinginannya tak dipenuhi oleh anaknya itu, dia mengugut Ira untuk mengahwinkan anaknya itu dengan Pak Mat Tempe yang berumur 55 tahun.

Mendengar ugutan ayahnya itu, Ira jadi takut dan risau. So, start dari itulah dia telah memulakan strateginya untuk mencari calon suami dan ia dibantu oleh Syakir dan Nabila, kawan baiknya. Dalam melaksanakan 'misinya' itu, macam-macam perkara lucu berlaku sehinggalah dia berjumpa dengan Azrin Aidil, iaitu seorang jurulatih gim dan akhirnya ia membuatkan dia benar-benar jatuh cinta.

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Ira? Dapatkah ia memenuhi impian Pak Saad yang inginkan menantu? Jangan lupa saksikan kisah lucu mereka ye.

Kredit SINI.

3 comments:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.