03/07/2023

Lasagna roti yang save budget tapi sedap.

Umumnya, lasagna adalah salah satu hidangan pasta yang berbentuk leper yang terkenal di Itali. Ia biasanya dibuat bersama inti ayam atau daging dan ditabur dengan cheese untuk menambah kesedapannya. Tapi kali ni cikla nak share resepi lasagna guna roti je, tak payah susah susah nak cari kepingan lasagna. Jom tengok bahan-bahannya dulu.

Lasagna roti yang save budget tapi sedap.
Lasagna roti yang save budget tapi sedap.

Bahan-bahan:

12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (parut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (hiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang besar (cincang)
1 cubit garam dan gula

Cara-cara: 

Untuk inti daging.

1. Panaskan minyak, then tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.

2. Selepas itu, masukkan daging dan masak sampai daging empuk diikuti dengan sos lada hitam dan sos tomato dengan sedikit air.

3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun sup dan cili merah.

4. Masak sehingga daging masak dan kering. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Untuk lasagna roti.

1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.

2. Pukul telur dan susu sehingga sebati. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun kat dalam bekas sampai penuh.

3. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan. Susun kepingan keju ke atas daging.

4. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.

5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella kat atas lapisan atas sekali.

6. Kalau ada lebihan telur, siramkan je kat atas roti. Last, bakar pada suhu 180ÂșC lebih kurang 40 minit.

Haaa, senang je kan. Lepas ni kalau ada roti lebih jangan dibuang. Just cari bahan inti je. Apa yang penting elakkan pembaziran gitu. Hihi. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar :  Mimie Ali.

Biji selasih, banyak manfaat rupanya pada kesihatan.

Rasanya minuman biji selasih ni kita selalu jumpa time bulan puasa kan? Banyak je orang jual untuk dijadikan minuman berbuka. Rasa fresh dan segar memang best sangat. Biji selasih ni mengandungi banyak nutrien seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat. Jom kita baca apakah kebaikan biji selasih ni pada kesihatan kita. 


1. Mengawal gula dalam darah.

Biji selasih boleh membantu menstabilkan  kandungan gula dalam darah. Caranya, rendam 2 sudu teh biji selasih dalam segelas air, minum selepas makan. Amalkan selama sebulan. 

2. Mengurangkan rasa lapar.

Biji selasih sangat bagus untuk mereka yang ingin berdiet sebab ia dapat melambatkan rasa lapar. Perut akan rasa kenyang je. So, ni secara tak langsung  dapat mengawal makan secara berlebihan.

3. Merawat insomnia.

Biji selasih mampu untuk kurangkan kebimbangan atau insomnia. Bagi mereka yang mengalami kegelisahan yang berlebihan atau insomnia, sangat baik makan atau minum biji selasih.

4. Meredakan gastrik 

Caranya, rebus 1 sudu selasih dengan 4 gelas air. Bila suam campurkan dengan 1 sudu madu asli. Minum 2 kali sehari, pagi dan petang.

5. Untuk kecantikan kulit.

Caranya, tmbuk 1 sudu biji selasih sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit air panas. Gaul rata hingga jadi pes pastu biarkan sejuk. Pakai sebagai skrub pada muka dan leher. Lakukan selang sehari sebelum mandi.

6. Mengurangkan sakit gigi.

Caranya, ambil 10 gram biji selasih, 4 biji bunga cengkih direbus bersama dengan 4 gelas air. Bila suam minum 1 gelas airnya. Amalkan sehingga hilang rasa sakit.

7. Sebagai ubat penahan sakit.

Biji selasih sangat bagus untuk kurangkan rasa ketakutan dan kebimbangan yang berlebihan. Caranya, ambil 1 sudu selasih direndam dalam air. Campurkan 1 sudu madu dan jus limau, pastu minum.

8. Melancarkan sistem penghadaman dan usus.

Biji selasih kaya dengan pektin yang mana ia mempunyai kebaikan prebiotik. Ia mampu meningkatkan bakteria baik termasuklah bakteria antiradang yang baik untuk kesihatan usus.

9. Mengawal kolesterol.

Kandungan Pektin di dalam biji selasih dapat menurunkan kolesterol darah dengan menghalang penyerapan kolesterol di dalam usus. Caranya, ambil 30 gram (7 sudu teh) biji selasih setiap hari selama satu bulan dapat membantu menurunkan kolesterol sepenuhnya sebanyak 8 peratus.

10. Menguatkan tulang.

Kalsium dan magnesium sangat penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot kita. Zat besi pulak sangat penting untuk pengeluaran sel darah merah. So, dengan memakan biji selasih dapat membantu kita memenuhi keperluan harian nutrien ini.

11. Meningkatkan daya tahan tubuh.

Tubuh kita memerlukan antioksidan seperti antiokpolifenol untuk menguatkan sistem ketahanan badan. Dengan pengambilan biji selasih secara teratur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Biji selasih, banyak manfaat rupanya pada kesihatan.
Biji selasih, banyak manfaat rupanya pada kesihatan. Kredit Google. 

12. Menjaga kesihatan kulit.

Antioksidan dan flavonoid di dalamnya mampu melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan akhirnya menyebabkan mutasi sel, mengakibatkan kedutan, bintik-bintik usia, dan cela. Jadi, pengambilan biji selasih secara berkala dikatakan dapat kurangkan parut dan bertindak sebagai agen antipenuaan.

13. Meningkatkan metabolisme.

Caranya, rendam 1 sudu selasih terlebih dahulu. Ambil 1 sudu madu, 2 gelas air dan 1 biji lemon, ambil jusnya, kisar. Campurkan biji selasih dengan bahan yang dikisar. Minum setiap pagi. Cara ini dikatakan dapat merangsang metabolisme sekaligus dapat menurunkan lemak secara berkesan dan cepat.

14. Membantu merawat buah pinggang, kanser dan ketumbuhan.

Caranya, minum selasih yang dicampur madu sekerap yang boleh dalam tempoh 3 hingga 7 hari berturut-turut. Selasih dapat menyerap toksin yang berlebihan dan menyingkirkannya secara perkumuhan.

15. Mengurangkan asma, bronkitis dan batuk.

Caranya, rebus 1 inci halia dan 1 sudu selasih dalam 3 gelas air. Bila suam campur 1 sudu madu. Minum 1 gelas setiap pagi. 

Moga bermanfaat. 

Kredit info : Elly Aziz.

02/07/2023

Tanda-tanda badan manusia.

Ada yang kata organ pada badan manusia boleh bagi sign atau tanda kepada tahap kesihatan seseorang. Benarkah? Jom kita check satu-satu. 

MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.

a) Mata jadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata jadi merah tanda badan sedang dalam proses pembuangan toksin. 

b) Mata jadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah.  Pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga tanda badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang berkaitan dengan hati atau bebanan kerja.

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan sebab tak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersin : 
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. 
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK.

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG.

a) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

a) Bibir pucat : 
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak dan sakit : menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Tanda darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT - Berpeluh.

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL.

a) Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM.

a) Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

KULIT PECAH DAN BERAIR.

a) Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR. 

a) Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI.

a. Sakit sendi.
i) Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tak seimbang.

b) Kebas tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tak lancar.

c) Kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas kaki :  Pengaliran darah di bahagian bawah badan tak lancar.

e) Sakit tapak kaki : Tanda buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) Sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) Gatal di celah-celah jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN.

A. Kepala - Amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. Pening atau sakit di bahagian depan kepala -  Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. Pening atau sakit di bahagian belakang kepala - Bahagian atas menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk) menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga - Tanda penyakit migrain.

E. Bisul terjadi di kepala - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Juga dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. Rasa pening yang memusing - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH.

a) Loya atau muntah : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) Muntah darah : Darah merah, pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam pulak Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK.

a) Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT.

a) Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

KENCING.

a) Kerap kencing : Tanda buah pinggang mengandungi kotoran.

b) Air kencing berkapur : Tanda penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) Air kencing berminyak : Tanda buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) Air kencing pekat berwarna coklat : Tanda proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) Air kencing berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR.

a) Cirit-birit atau kerap buang air besar :  Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) Najis berdarah ; 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) Najis berwarna hitam : Tanda proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN.

a) Rasa sakit : Amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Tanda luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) Badan terasa berat atau malas atau lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan. 

c) Badan terasa panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) Badan terasa ringan : Tanda badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT.

a) Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH.

a) Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT.

a) Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB.

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL.

a) Sistem penghadaman yang lemah.

Moga bermanfaat. 

Kredit : Pn. Rusnani Omar, Penolong Pendaftar, Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan, UMP.

01/07/2023

Bagaimana dosa kecil boleh menjadi besar?


Sekiranya dosa itu berbau pasti orang tak mahu mendekati kita. Tanpa sedar kita sering melakukan dosa. 

Allahu. 


6 penyakit yang semakin jelas menimpa umat pada zaman ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata,

Rasulullah SAW bersabda: "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu."

Sahabat bertanya: "Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu?"

Nabi  SAW menjawab:

1- Terlalu banyak seronok.
2- Terlalu bermewah-mewah.
3- Menghimpun harta sebanyak mungkin.
4- Tipu menipu dalam merebut harta dunia.
5- Saling memarahi.
6- Hasut menghasut hingga menjadi zalim menzalimi.

(Hadis Sahih Riwayat Al-Hakim)

6 penyakit yang semakin jelas menimpa umat pada zaman ini.

Allahumma aamiin.

Kredit : Nota Tazkirah