30/05/2013

D.O.A

Doa, satu manifestasi yang mewakili syukur dan harapan. Dalam Islam, amalan berdoa amatlah dituntut kerana ia memanjatkan kesyukuran dan pengharapan, menghilangkan kesedihan dan melahirkan sifat kehambaan kepada Illahi. 

Nabi SAW bersabda, "Tidak ada sesuatu yang paling mulia dalam pandangan Allah selain daripada berdoa kepadaNya, selain kita dalam keadaan lapang." (Riwayat al-Hakim).

Sesungguhnya, Allah amat suka pada hambaNya yang selalu "meminta" padaNya. Orang yang tidak suka berdoa dianggap bongkak dan sombong kepada Allah. Mintalah apa saja dengan Allah kerana sesungguhnya Allah tak akan pernah mengecewakan hambaNya. 

Nabi SAW juga telah bersabda,"Siapa sahaja yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah murka kepadanya". (Riwayat at-Tirmidzi).

Berdoa dengan menepati adabnya lebih mustajab. Antara waktu-waktu terbaik untuk berdoa adalah Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, waktu sepertiga malam yang akhir daripada malam dan waktu bersahur. 

Selain itu, berdoa juga adalah sangat baik ketika sujud dalam solat, berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan, sebelum dan sesudah mengerjakan solat, semasa jiwa dalam keadaan tenang dan bersih dari gangguan syaitan serta ketika menghadap Kaabah. 

Menurut Imam al-Ghazali, semasa berdoa hendaklah merendahkan suara dengan lafaz dan gaya yang sederhana, tertib serta tepat terhadap perkara yang dihajati. Sebaik-baik lafaz doa adalah sebagaimana pernah dilafazkan Nabi SAW.

Tambahan pula, semasa berdoa haruslah khusyuk dan yakin. Ini akan membuatkan orang yang berdoa merasai kebesaran dan kekuasaan Allah di dalam hati kerana doa dalam keadaan lalai adalah sia-sia. Sentiasa berprasangka baik terhadap Allah dan yakin Allah akan menerima segala permintaan yang dipanjatkan kepadaNya.

D.O.A
D.O.A. Sumber Google.

Justeru itu, bersungguhlah semasa berdoa. Ulangilah doa itu berulang-kali, khususnya bagi urusan yang sangat dihajati. Jangan lupa menyebut dan memuji kebesaran Allah pada permulaan doa, serta bertaubat sebelum berdoa supaya tenang menghadap Allah kelak. 

Kesimpulannya, berdoalah kerana Allah tak pernah jemu mendengar permintaan dan keluhan hambaNya. Jika doanya belum termakbul, jangan mudah putus asa, teruskan berdoa. 

Waallahualam.

Sumber: Addin-Metro Ahad 2013.

16/05/2013

Wanita dan Kecantikan PALSU.

Wanita dengan cantik memang susah nak dipisahkan. Memang dah fitrah cikla rasa. Bagi mereka kecantikan merupakan aset yang amat bernilai dan perlu dipulihara serta "ditambah" dari semasa ke semasa. So, biasalah! 

Kalau bab tambah-menambah ni, kebanyakan wanita akan menggunakan perhiasan palsu atau tiruan. Di sini, cikla nak kongsi beberapa barangan palsu yang mereka gunakan.

Wanita dan Kecantikan PALSU.
Wanita dan Kecantikan PALSU.

Bulu mata palsu.

Kebanyakannya menggunakannya untuk menambah kecantikan mata mereka. Pada yang bulu matanya kurang lentik, nah dengan bulu mata palsu inilah dapat menjadikan bulu mata mereka lebih lentik dan tebal. 

Kanta mata palsu.

Zaman sekarang memang ada bermacam-macam jenis kanta palsu lebih-lubblagi yang berwarna.
 
Rambut palsu. 

Ia digunakn oleh wanita yang mempunyai masalah rambut. Tidak kurang juga yang mewarnakan rambut dan potongan mangikut trend. Emm, bertudung kan lebih manis!

Gigi palsu. 

Untuk menggantikan gigi-gigi yang telah rosak atau tercabut. 

Payudara palsu.

MasyaAllah, ada juga yang menggunakan ini. Mereka sanggup membuat pembedahan memasukkan silikon, susuk dan sebagainya untuk membesar dan menegangkan payudara mereka. 

Alat seksual dan dara palsu. 

Kalau ini lagi dashyat.
 
Cinta palsu. 

Hahaha, ini bagi mereka yang pentingkan harta benda dan kemewahan, pangkat serta kuasa. 

Jadi, kesimpulannya tidak salah untuk kelihatan cantik terutama di mata suami yang tercinta. Akan tetapi, janganlah kita mengubah atau menokok tambah apa yang dikurniakan tetapi sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada.

Sumber: Majalah Perempuan 

Rai dan Hargai.

Cikla sekarang ni tengah bersantai-santai melayan kerenah dua puteri cikla yang aktif. Dah tu tetibe je rasa macam nak update something kat blog ni. Ermmm, rasanya bulan Mei nilah bulan yang paling banyak kita raikan anniversary atau hari yang boleh dikatakan penting gak la. 

Bermula dengan 1 Mei kita sambut HARI PEKERJA. Kemudian, 12 Mei pulak HARI IBU dan hari ni, 16 Mei HARI GURU.

Kita bukanlah nak mengagung-agungkan hari-hari tersebut, tapi ironinya hari-hari ini memang disambut setiap tahun. Bagi cikla, kalau hari ibu tu tak payah la nak tunggu 12 Mei every year, tapi kita boleh sambut hari-hari. 

Lagipun, pengorbanan ibu terlalu besar dan rasanya tak terbalas segala pengorbanan dan perit-jerih ibu terhadap kita. Sayang mak!

Rai dan Hargai.
Rai dan Hargai. Sumber Google.

Rai dan Hargai.
Rai dan Hargai. Sumber Google.

Guru pula, umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Segala jasa mereka wajar dihargai dan dikenang. Kalau tak ada mereka, maka tak ada lah doktor, peguam, jurutera even perdana menteri sekalipun. Merekalah yang bertanggungjawab membentuk semua orang-orang yang berjaya ini. Terima kasih cikgu! 

Kesimpulannya, kita hendaklah menjadi orang yang mengenang budi dan ingatlah semua jasa dan pengorbanan ibu serta guru dalam membesarkan dan mendidik kita. Bukan nak nafikan pengorbanan seorang ayah, tapi pengorbanan mereka lebih besar lebih-lebih lagi IBU! TERIMA KASIH SEMUANYA!