"Kalau sayang, mestilah cemburu..."
Ayat ini memang selalu kita dengar. Ramai yang anggap cemburu itu bukti kasih sayang. Sebenarnya, perasaan cemburu benda normal je. Lebih-lebih lagi bila kita sangat menghargai seseorang atau pasangan kita dalam hidup.
Seorang isteri yang cemburu bukan bermaksud dia lemah, mengongkong atau tak matang. Dia cuma takut kehilangan orang yang paling dia sayang.
Namun, tak semua cemburu itu membawa kebaikan. Ada cemburu yang membuatkan hubungan jadi lagi erat sebab masing-masing lebih menghargai pasangan.
Tapi ada juga cemburu yang kalau dibiarkan tanpa kawalan boleh bertukar jadi syak wasangka, pergaduhan dan akhirnya merosakkan kebahagiaan rumah tangga.
Hakikatnya, seorang isteri juga mempunyai hati dan perasaan. Bila suaminya terlalu mesra dengan wanita lain, selalu menyembunyikan sesuatu atau kurang beri perhatian, dah tentu akan timbul rasa tak selesa.
Perasaan itu tak salah. Yang penting ialah bagaimana perasaan tersebut diuruskan. Daripada terus memendam atau membuat andaian sendiri, lebih baik berbincang secara baik dengan pasangan.
Luahkan apa yang dirasai tanpa meninggikan suara atau menuduh. Kadang-kadang suami sendiri pun tak sedar yang tindakannya telah membuatkan isteri rasa tak dihargai.
Pada masa yang sama, seorang isteri perlu bagi ruang pada suami untuk menjelaskan keadaan. Jangan terlalu cepat percaya khabar angin atau terus buat kesimpulan tanpa bukti yang kukuh.
Kepercayaan adalah asas yang sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Kalau kepercayaan mula hilang, hubungan akan jadi semakin sukar untuk dipulihkan.
Suami jugak perlu memainkan peranan besar dalam menjaga hati isteri. Perkara yang mungkin dianggap kecil seperti memberitahu ke mana hendak pergi, menjaga batas pergaulan dengan wanita lain dan sentiasa menghargai isteri sebenarnya mampu memberikan rasa tenang dalam hati seorang isteri.
Kadang-kadang, seorang isteri bukan mahukan hadiah yang mahal. Dia hanya mahu rasa dihargai, diyakini dan diberi keutamaan.
Cemburu yang lahir kerana sayang bukanlah satu kesalahan. Ia akan mula jadi masalah bila rasa cemburu itu menguasai fikiran sehingga menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan, mengawal setiap pergerakan pasangan atau sentiasa hidup dalam syak wasangka.
Rumah tangga yang bahagia bukan bermaksud takde rasa cemburu. Sebaliknya, pasangan yang bahagia ialah pasangan yang tahu bagaimana mengurus emosi, saling memahami dan sentiasa memilih untuk berkomunikasi daripada terus menyimpan rasa.
So, kalau hari ini seorang isteri berasa cemburu, jangan terus menghukum dirinya. Tanya dahulu apa yang menyebabkan perasaan itu muncul. Adakah kerana kurang perhatian, kurang komunikasi atau sekadar salah faham yang boleh diselesaikan dengan berbincang dari hati ke hati?
Cemburu itu mungkin tanda sayang. Tapi kasih sayang yang sebenar bukan hanya diukur melalui rasa cemburu. Ia lebih terserlah melalui kepercayaan, kejujuran, saling menghormati dan usaha untuk menjaga hati pasangan setiap hari.
Bila semua itu ada, insyaaAllah rumah tangga akan lebih tenang, lebih bahagia dan lebih diberkati.
Apa pendapat korang pulak?

Setuju sangat! Cemburu tanda sayang tapi kena ada komunikasi dan kawal emosi supaya hubungan rumah tangga sentiasa harmoni. Kunci hubungan bahagia memang terletak pada sifat saling memahami dan komunikasi telus demi kerukunan rumah tangga.
ReplyDeletebetul tu
DeleteBetul tu.. cemburu mmg tanda syg.. tapi perlu berpada2 dan sentiasa memahami pasangan..
ReplyDeletetp mcm mana pulak psgan yg seakan tak memahami tp terus mengatakan, ahh awk ni fikir yg bkn2 je
DeleteSelagi cemburu tu berpada-pada, okay ja..
ReplyDeleteye
DeleteKuncinya komunikasi antara suami istri. Jangan malu, jangan segan. Ada suami istri yg merasa gengsi utk saling mengungkapkan apa yg Dimau.
ReplyDeleteMacam sayalah dulu, awal2 nak menikah dengan suami. Saya terbiasa bicara straight to the point. Kalau saya tak suka, saya akan bilang tak suka.
Jadi waktu itu, suami sukaaaa sangat memuji artis wanita yg dia anggab cantik 🤣. Depan saya pula. 'Cantik banget Luna Maya nih lah'.
Macam2 gitulah.
Saya tak suka, pasti cemburu, walaupun itu artis. Saya bilang, 'please jangan puji wanita lain, walau artis depan saya. Dan sayapun tak akan puji lelaki lain depan ayang'
Dan suami sukaaaa tahu. Dia LGS jawab, 'kan bagus macam nih. Jadi saya tahu letak salah saya dimana. Tak perlu menebak2 '
See, lelaki sendiri lebih suka jika spouse dia komunikatif. Tak payah merajuk. Mereka tak akan paham kalau wanita merajuk Krn cemburu 😂.
seeloknya begitulah kan. dr terus bersangka-sangka, memendam rasa dan bermasa muka sedangkan pasangan kita tu kdg tak tau pun apa permasalahannya
Delete