Thyroid Myopathy: Apabila hormon tiroid menjejaskan kekuatan otot.

Kebanyakan mereka yang ada masalah tiroid mesti pernah mengalami keadaan badan yang terasa lemah, cepat letih, lenguh atau sakit otot. Ada yang susah nak naik tangga, susah nak bangun daripada kerusi, mudah kena krem dan rasa macam satu badan tak bertenaga.

Namun, tak semua sedar yang keadaan ni mungkin disebabkan oleh thyroid myopathy, iaitu gangguan atau kelemahan otot yang berlaku akibat ketakseimbangan hormon tiroid.

Orang yang mengalami hipertiroid, iaitu bila hormon tiroid terlalu tinggi, otot boleh jadi cepat letih dan lemah. Kelemahan ini biasanya lebih ketara pada otot kat bahagian peha, lengan atas, bahu dan punggung. 

Aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan seperti menaiki tangga, bangun daripada kerusi atau mengangkat barang ringan boleh terasa sangat mencabar. Ada juga yang alami keadaan tangan yang menggeletar atau shaking di samping rasa lenguh atau ketakselesaan pada tapak kaki dan kaki.

Sebaliknya, bagi mereka yang alami hipotiroid, bila hormon tiroid terlalu rendah, otot boleh jadi lebih kaku dan mereka mudah alami kekejangan. Sendi jugak mungkin terasa berat, tegang dan seolah-olah jammed. Badan terasa lenguh dan letih walaupun tak melakukan aktiviti yang terlalu berat.

Keadaan ini bukan bermaksud seseorang itu malas thormon tiroid boleh menjejaskan tenaga dan fungsi otot, so ia akan menyebabkan aktiviti harian terasa lebih susah daripada biasa. Sebab itulah penting untuk kita tak mengabaikan simptom yang dialami.

Walau bagaimanapun, kita juga tak boleh terus cari alasan dan salahkan hormon tiroid untuk setiap kelemahan yang kita rasa. 

Langkah pertama ialah usaha untuk kawal hormon tiroid dengan rawatan yang diberikan oleh doktor. Bila hormon in control, simptom  otot biasanya boleh bertambah baik, walaupun tahap pemulihan setiap individu adalah berbeza dan mungkin ambil masa.

Pengambilan protein yang cukup juga penting untuk sokong kekuatan dan pemulihan otot. Pada masa yang sama, kalau sakit otot atau kekejangan berterusan, berbincanglah dengan doktor tentang kemungkinan melakukan ujian darah untuk memeriksa tahap kalsium dan vitamin D, sebab kekurangan nutrien tertentu juga boleh memburukkan masalah otot dan tulang. 

Pergerakan ringan tetap boleh membantu. Tak perlu terus melakukan senaman yang berat. Mula dengan walk slowly di dalam rumah dan tingkatkan aktiviti secara beransur-ansur mengikut kemampuan badan. 

Kalau berkesempatan, berjalan-jalan sambil brisk walk di kedai pun boleh menjadi salah satu cara untuk terus aktif. Banyak ribu langkah juga boleh dikumpul tanpa kita sedari.

Thyroid Myopathy: Apabila hormon tiroid menjejaskan kekuatan otot.

Dalam masa yang sama, berehatlah bila badan perlukannya. Tuaman air suam atau urutan ringan mungkin dapat membantu mengurangkan ketiakselesaan bagi sesetengah individu. 

Yang penting ialah belajar mengenali kemampuan badan sendiri dan tak memaksa diri sehingga keadaan menjadi lebih teruk.

Namun, ada simptom yang tak boleh dipandang ringan. Kalau kelemahan otot itu akan menyebabkan seseorang mudah jatuh, mengalami kesukaran menelan atau sesak nafas, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Thyroid myopathy bukan semestinya keadaan yang kekal. Dengan kawalan hormon yang baik, rawatan yang sesuai dan masa, fungsi serta kekuatan otot boleh bertambah baik. 

Mungkin ada yang pulih hampir sepenuhnya dan ada juga yang masih mengalami sedikit simptom, tapi itu tak bermaksud kehidupan sudah terhenti.

Kalau tak dapat pulih sepenuhnya pun tak mengapa. Selagi kita masih mampu menjalani rutin kehidupan dengan baik dan terus bergerak mengikut kemampuan, itu juga satu nikmat yang besar untuk disyukuri.

Jangan abaikan simptom. Jangan terus menyalahkan diri sendiri. Fahami tubuh, teruskan rawatan dan terus berusaha untuk bergerak. InsyaaAllah, perlahan-lahan ada jalan untuk kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Ayuh bergerak! 

Kredit : Grup FB Tiroid dan Anda (ORI). 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews